CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4386|Reply: 0

[Pulau Pinang] KJ harap Reezal Merican diberi peluang menang di DUN Bertam

[Copy link]
Post time 10-8-2023 05:40 PM | Show all posts |Read mode
KJ harap Reezal Merican diberi peluang menang di DUN Bertam



Oleh Muhammad Yusri Muzamir - Ogos 10, 2023 @ 5:35pm [email protected]




Khairy Jamaluddin (kiri) bersama calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi DUN Bertam, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (kanan) berkempen bersama - Foo NSTP/DANIAL SAAD




KEPALA BATAS: Khairy Jamaluddin merayu pengundi memberi peluang kepada calon Barisan Nasional (BN) di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bertam pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

Bekas Ketua Pemuda UMNO itu juga merayu pengundi mengetepikan seketika sentimen gabungan BN dan Pakatan Harapan (PH), sebaliknya kekal memberi sokongan kepada Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican di DUN itu.

Selain itu, katanya, pemilihan wakil rakyat di peringkat DUN perlu dibuat berdasarkan kelayakan dan kemampuan memberi khidmat terbaik kerana tugasnya perlu menyelesaikan banyak masalah harian penduduk setempat dan ia agak berlainan berbanding memilih Ahli Parlimen.

"Sangat penting (untuk keluar mengundi) sebab tanggungjawab kita untuk pilih calon terbaik. Di Bertam ini saya tahu ada ramai enggan mengundi calon BN disebabkan faktor tertentu. Ketepikan BN itu sekejap, tengok Reezal Merican. Undilah beliau.

"Satu undi untuk Reezal Merican (hanya) untuk Reezal Merican, tak lebih daripada itu. Satu undi untuk Reezal Merican bukan untuk Zahid Hamidi (Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi).

"Saya datang ke Bertam atas alasan persahabatan dengan Reezal Merican. Beliau adalah kawan baik saya dalam UMNO dulu. Saya tahu dia boleh buat kerja dan pandai selain memiliki banyak pengalaman sama ada dalam parti atau kerajaan.

"Beliau juga adalah pewaris perjuangan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi di sini. Saya tak mahu ia terputus, Pak Lah (Abdullah) wakil rakyat di sini sejak 1970-an dan harap Reezal Merican dapat meneruskan ini walaupun ada sedikit gangguan pada PRU15," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melakukan tinjauan mesra bersama masyarakat Pekan Lama Kepala Batas untuk membantu kempen Reezal Merican di sini, hari ini.

Reezal Merican yang juga bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan bakal bersaing dengan pencabarnya, Khaliq Mehtab Mohd Ishaq bagi merebut kerusi DUN Bertam pada PRN Pulau Pinang.

Khairy yang juga bekas Menteri Kesihatan mengakui BN berpeluang menjadi sebahagian daripada kerajaan Pulau Pinang, jika berjaya menerima mandat daripada pengundi pada PRN kali ini.

"Kalau dari segi keadilan, jika PH-BN menang di Pulau Pinang, mestilah ada tempat untuk BN dalam kerajaan kerana sudah bergantung harap kepada jentera dan pengundi BN. Kalau menang nanti, mestilah ada calon BN, contohnya Reezal Merican," katanya.

Mengulas lanjut, Khairy berkata, pihaknya tidak akan membantu kempen mana-mana calon PH, sebaliknya akan memberi sokongan hanya kepada calon BN dan segelintir wakil Perikatan Nasional (PN) pada PRN kali ini.

Sementara itu, Reezal Merican mengakui tersentuh kerana mendapat sokongan dan bantuan daripada Khairy ketika pecutan terakhir tempoh kempen pada PRN Pulau Pinang.

"Dia (Khairy) ini sudah macam adik dan saya pula adalah anak didik Pak Lah. Dia datang mahu beri kekuatan tambahan agar akhirnya saya boleh dipilih mewakili Bertam dan meneruskan legasi Pak Lah.

"Saya mengharapkan seramai mungkin pengundi dapat turun menjalankan tanggungjawab. Ini hak yang sangat penting.

"Saya belajar kekalahan pada lapan bulan lalu (PRU15) dan akan terus memberi sentuhan kepada seramai mungkin pengundi di sini," katanya yang juga bekas Ahli Parlimen Kepala Batas.






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 09:17 PM GMT+8 , Processed in 0.086701 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list