CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4642|Reply: 0

[Kedah] Mahfuz, Tok Det antara nama besar tumbang di Kedah

[Copy link]
Post time 12-8-2023 11:40 PM | Show all posts |Read mode
Mahfuz, Tok Det antara nama besar tumbang di Kedah


Oleh M Hifzuddin Ikhsan, Hamzah Othman, Zuliaty Zulkiffli dan Norazura Abdul Rahman dan Aizat Sharif - Ogos 12, 2023 @ 11:15pm [email protected]




DARI kiri; Mahfuz Omar, Mahdzir Khalid dan Tak Kok Yew.




ALOR SETAR: Kemenangan Perikatan Nasional (PN) di Kedah ibarat sudah dijangka, namun mengejutkan hampir semua pimpinan utama Barisan Nasional (BN) dan Pakatan harapan (PH) gagal menang di kerusi ditandingi masing-masing dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) ini.

Antaranya termasuk Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Mahdzir Khalid yang tewas di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pedu, selain Naib Presiden AMANAH, Datuk Mahfuz Omar di DUN Alor Mengkudu).

Turut tewas bekas Ketua Pembangkang DUN Kedah, Datuk Zamri Yusof (Suka Menanti); Pengerusi AMANAH Kedah, Datuk Dr Ismail Salleh (Pengkalan Kundor) dan Pengeusi DAP Kedah, Tan Kok Yew (Derga).

Terdahulu, Perikatan Nasional (PN) mengesahkan penguasaan di dua pertiga daripada 36 kerusi DUN dipertandingkan di Kedah termasuk 15 kerusi yang disandang PAS.

Selain calon nama besar yang tumbang, keputusan PRN di Kedah turut menyaksikan ramai muka baharu memangi kerusi ditandingi masing-masing.

Antaranya bekas Naib canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Haim Hilman yang menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), Sabrina Ahmad di DUN Jitra, selain Muhammad Radhi Mat Din yang menewaskan Mahfuz di Alor Mengkudu.

Bekas kapten bola sepak Kedah, Baddrol Bakhtiar turut menang di DUN Gurun apabila menewaskan Firdaus Johari, manakala Dzowahir Ab Ghani menewaskan Zamri di Suka Menanti.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 09:30 PM GMT+8 , Processed in 0.793251 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list