CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1352|Reply: 1

[Pulau Pinang] Chow Kon Yeow angkat sumpah KM Pulau Pinang

[Copy link]
Post time 13-8-2023 10:53 AM | Show all posts |Read mode
Chow Kon Yeow angkat sumpah KM Pulau Pinang


BERNAMA



Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow



Georgetown: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang bagi penggal kedua di Seri Mutiara di sini, pagi ini.

Chow, 65, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Padang Kota, melafazkan sumpah memegang jawatan itu di hadapan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak pada 9 35 pagi.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Pulau Pinang Datuk Mohd Sayuthi Bakar serta barisan pimpinan PH dan Barisan Nasional (BN) negeri.

Chow, yang sebelum ini pernah diumumkan menjadi calon Ketua Menteri oleh PH jika parti itu memenangi pilihan raya, akan mengetuai Kerajaan Negeri Perpaduan setelah gabungan PH-BN itu memenangi 29 daripada 40 kerusi Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) semalam.

Beliau memperoleh 8,261 undi dengan majoriti 7,116 menewaskan calon Perikatan Nasional (PN) H'ng Khoon Leng yang mendapat 1,145 undi.



Disiarkan pada: Ogos 13, 2023 @ 10:34am










Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-8-2023 11:05 AM | Show all posts


Pengerusi Pakatan Harapan Pulau Pinang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Kota, Chow Kon Yeow mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang di hadapan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak pada Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan Dan Taat Setia Serta Sumpah Rahsia Ketua Menteri di Seri Mutiara di sini. NSTP/DANIAL SAAD






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 09:48 PM GMT+8 , Processed in 0.859203 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list