CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2040|Reply: 1

[Pulau Pinang] Nasib BN-UMNO lebih buruk tanpa undi bukan Melayu - Ramasamy

[Copy link]
Post time 14-8-2023 05:03 PM | Show all posts |Read mode
Nasib BN-UMNO lebih buruk tanpa undi bukan Melayu - Ramasamy


Siti Aminah Mohd Yusof
[email protected]



Dr P. Ramasamy




Georgetown: Calon Melayu gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) terutamanya UMNO mungkin akan kehilangan lebih banyak kerusi tanpa sokongan pengundi bukan Melayu.

Bekas pemimpin DAP Pulau Pinang, Dr P Ramasamy berkata pengaruh UMNO telah dihapuskan di Kedah, Kelantan, Terengganu dengan Perikatan Nasional (PN) menembusi beberapa kawasan di Selangor dan sedikit sebanyak di Pulau Pinang.

"Sekiranya tiada sokongan bukan Melayu di Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan, ia akan menjadi cerita yang menyedihkan bagi UMNO.

"Sungguh paradoks, dahulunya calon bukan Melayu dalam BN bergantung kepada sokongan UMNO, hari ini adalah sebaliknya," katanya menerusi laman Facebook hari ini.

Ramasamy melihat Negeri Sembilan adalah satu-satunya negeri yang memberikan sedikit maruah kepada UMNO dan berkemungkinan UMNO akan diberikan jawatan Menteri Besar untuk meraih pengaruhnya yang semakin terhakis.

Bekas Ahli Dewan Undangan (ADUN) Perai itu turut tertanya-tanya sama ada UMNO boleh dihidupkan semula secara politik selepas kemerosotan besar dalam keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

Beliau turut mendakwa DAP mungkin dianggap simpanan tetap gabungan PH-BN namun selain mengekalkan status-quo, parti itu yang kononnya menjadi benteng sokongan bukan Melayu tidak membuat sebarang kemajuan dalam PRN baru-baru ini.

Katanya, sama ada gelombang hijau itu masih wujud atau sebaliknya, tidak dapat dinafikan PN telah membuat penembusan besar di lima negeri sekali gus melenyapkan peluang untuk memulihkan parti politik berasaskan Melayu yang sejajar dengan gabungan luas PH-BN.

"UMNO, PKR dan AMANAH kalah teruk dalam PRN di lima negeri sama ada parti-parti ini boleh membuat kemunculan semula pada masa hadapan, masih perlu dilihat.

"Bagaimana PH-BN akan menggagalkan gelombang hijau juga masih belum dapat dilihat. Jelas sekali bahawa politik PN masih belum berakhir, malah ia mungkin berlanjutan pada pilihan raya umum akan datang," katanya.

Beliau mendakwa Kerajaan Perpaduan pada ketika ini mungkin terperangkap antara dua pilihan yang tidak begitu baik dan bagaimana ia dapat keluar daripada situasi politik yang rumit tersebut masih belum dapat dilihat.

"Ia adalah salah untuk mengatakan bahawa kita telah melihat lonjakan terakhir PN. Gelombang hijau belum reda, ia masih dan menunggu masa untuk menyebarkan pengaruhnya dalam keadaan yang menguntungkan.

"Ia akan menjadi satu cabaran yang menggerunkan bagi Kerajaan Perpaduan di bawah bebanan politik identiti untuk bergerak ke hadapan," katanya.



Disiarkan pada: Ogos 14, 2023 @ 4:16pm










Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2023 09:56 AM | Show all posts
takpe takdak sapa nak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 10:10 PM GMT+8 , Processed in 1.876382 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list