|

Jenazah Muhamad Hafiz disembahyangkan di Masjid Al Huda Kampung Jerong, Sungai Petani, hari ini. NSTP/Syaharim Abidin
SUNGAI PETANI: Jenazah Allahyarham Muhamad Hafiz Muhamad Salleh, 32, yang maut dalam nahas pesawat terhempas di Bandar Elmina, Shah Alam, selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Masjid Al Huda Kampung Jerong, di sini, kira-kira jam 3.45 petang hari ini.
Lebih 200 jemaah menyertai solat jenazah yang diimamkan Bilal 1, Aziddin Mat Arifin sebelum jenazah dibawa ke tanah perkuburan berhampiran masjid untuk proses pengebumian kira-kira jam 3.10 petang.
Suasana sedih menyelubungi di perkarangan masjid sebaik sahaja keluarga Allahyarham tiba dan berjumpa dengan saudara mara yang menunggu di masjid.
Terdahulu, penghantar makanan itu adalah jenazah pertama yang sah dikenal pasti identiti melalui ujian asid deoksiribonukleik (DNA).
Jenazah kemudiannya telah dimandi dan dikapankan petugas Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Masjid Jamek Ar-Rahimiah berdekatan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang sebelum dituntut bapanya, Muhamad Salleh, 57, kira-kira jam pukul 9.30 pagi tadi.
Nahas pesawat persendirian ringan jenis Beechcraft 390 (Premier 1) di Persiaran Elmina, Shah Alam, kelmarin mengorbankan 10 nyawa termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai di Pahang, Allahyarham Datuk Seri Johari Harun.
Muhamad Hafiz yang juga anak sulung daripada lima beradik adalah pekerja p-hailing yang kebetulan lalu di lokasi kejadian dan menjadi antara 10 mangsa yang maut dalam nahas terbabit.
https://www.bharian.com.my/berit ... selamat-dikebumikan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|