View: 981|Reply: 0
|
Ferrari terdesak kejar kelompok hadapan
[Copy link]
|
|
Ferrari terdesak kejar kelompok hadapan
FERRARI sekadar berada di kedudukan keempat dalam kategori pengeluar selepas mengharungi 12 perlumbaan pada musim ini. – AFP
MARANELLO, Itali – Pelumba Ferrari, Charles Leclerc percaya pasukan itu perlu melihat gambaran yang lebih besar untuk meningkatkan tahap prestasi mereka menjelang separuh kedua saingan musim ini.
Ferrari berdepan kesukaran untuk mencabar kedudukan podium dalam 12 perlumbaan setakat ini apabila Leclerc dan seorang lagi pemandu mereka, Carlos Sainz bergelut untuk menempatkan diri dalam kelompok enam pelumba terbaik.
Pelumba dari Monaco itu berjaya meraih kedudukan podium pada perlumbaan Grand Prix (GP) Belgium di Litar Spa Francorchamps sebelum cuti rehat musim panas selepas kali terakhir ketika meraihnya pada GP Austria.
“Pasukan ini sudah semakin hampir untuk mendapatkan rentak terbaik, anda boleh melihatnya pada setiap sesi kelayakan. Anda lihat ketika di Budapest, kami tidak terlalu ketinggalan berbanding pasukan-pasukan lain.
“Namun, masih ada beberapa perbezaan kecil yang memberikan kesan besar kepada keputusan ketika perlumbaan. Apa yang kami sedang lakukan ketika ini adalah memberikan fokus kepada semua perincian,” katanya.
Tambahnya, pasukan dari Itali itu perlu meletakkan matlamat yang jelas dan berusaha untuk memburu kedudukan kedua kategori pengeluar saingan musim ini selepas Red Bull Racing berjaya menguasai saingan.
“Setiap perincian sangat penting buat kami supaya prestasi pasukan ini tidak lagi terumbang-ambing. Di Budapest, kami laju ketika sesi kelayakan, namun jauh ketinggalan pada perlumbaan sebenar. Secara realiti, kami belum cukup pantas.
“Kami perlu meletakkan segala kemampuan yang ada untuk kembali memberikan cabaran dan berada pada kedudukan yang sepatutnya dengan kadar yang segera,” jelasnya. – AGENSI
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/08 ... r-kelompok-hadapan/
|
|
|
|
|
|
|
| |
|