CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2234|Reply: 3

'Bang Buya' sudah mesra dengan buaya sejak usia 9 tahun

[Copy link]
Post time 21-8-2023 05:06 PM | Show all posts |Read mode
SAIFULLAH mencium buaya . FOTO Ihsan Saifullah Muhammad Sarath


Ayer Keroh: Sejak di bangku sekolah lagi Saifullah Muhammad Sarath sudah dilatih cara 'bermesra' dengan buaya dan bagaimana untuk menjinakkan reptilia itu.

Lantaran itu, Saifullah, 33, tidak gentar hingga pernah mendapat jolokan Putera Buaya kerana keberaniannya membuat pertunjukan beraksi seperti duduk dan berbaring di atas

reptilia berkenaan ketika berusia sembilan hingga 13 tahun.

Kini, buaya masih lagi menjadi teman karib Saifullah, malah menjadi rutin hariannya menjaga dan memberi makan kepada haiwan berkenaan sejak kembali bertugas sebagai penjaga haiwan di Taman Buaya dan Rekreasi Melaka di sini, dua tahun lalu.

Berkongsi kisahnya, Saifullah berkata, bapanya, Muhammad Sarath Abdullah, 63,  yang juga Pengurus Operasi Taman Buaya dan Rekreasi Melaka di sini, adalah individu yang banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepadanya mengenai cara mengendalikan buaya.

Menurutnya, ilmu dan pengalaman itu yang banyak membantunya membiasakan diri dengan ragam haiwan berkenaan yang diakui mengganas pada waktu tertentu.

"Saya sudah didedahkan dengan buaya sejak 1999 dan kebetulannya, ayah menyandang jawatan sebagai pengurus besar di taman buaya.

"Waktu itu berlaku kegawatan ekonomi jadi pihak pengurusan (Taman Buaya dan Rekreasi Melaka) merancang elemen kejutan untuk menarik kedatangan pengunjung dengan menampilkan persembahan kanak-kanak beraksi bersama buaya.

"Ayah tawarkan saya peluang itu dan bertitik tolak daripada situ, saya dapat pendedahan awal kerana perlu menjalani latihan selama dua bulan sebelum membuat pertunjukan sulung," katanya ketika dihubungi Harian Metro.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-8-2023 05:07 PM | Show all posts

SAIFULLAH membuat pertunjukan dengan buaya seawal usia sembilan tahun. FOTO Ihsan Saifullah Muhammad Sarath

Memandangkan sudah dibiasakan sejak kecil, Saifullah mengakui perasaan seronok dan teruja mengatasi perasaan takut terhadap buaya.

Bagaimanapun, Saifullah berkata, dia tetap berhati-hati dan ingat pesanan bapanya yang tegas dan sangat mengutamakan aspek keselamatan ketika mengendalikan buaya.

"Waktu kanak-kanak saya banyak dihabiskan di taman buaya jadi rutin saya memang tak sama macam rakan sebaya yang lain.

"Ini kerana pulang dari sekolah, saya hanya dapat rehat sekejap sebelum ke taman buaya untuk mengikuti latihan yang bermula 3 petang.

"Sesi latihan itu dikendalikan oleh ayah bersama kakitangan taman buaya, jadi mereka terutama ayah banyak kongsi ilmu mengenai apa yang patut dan tak boleh dilakukan ketika beraksi dengan buaya.

"Tipu kalau tak pernah kena kejar atau dilibas dengan ekor buaya namun saya bersyukur kerana masih dilindungi Allah dan belum pernah mengalami kecederaan serius hasil didikan ayah," katanya yang turut berterima kasih kepada tenaga pengajarnya, Allahyarham Sham Thamby Kadir kerana banyak membimbingnya sejak kecil.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-8-2023 05:09 PM | Show all posts


Meskipun sudah 24 tahun berlalu, Saifullah mengakui peluang mengadakan pertunjukan dengan buaya antara kenangan terindah dalam hidupnya.

"Detik itu adalah kenangan yang tak dapat saya lupakan kerana saya masih ingat emak ajak keluarga termasuk nenek datang sebagai kejutan buat mereka.

"Cuma selepas buaya kesayangan saya yang diberi nama Mat Ali mati, saya ambil keputusan berhenti buat pertunjukan untuk fokus dengan pelajaran.

"Tamat persekolahan, saya sambung pengajian ke Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong dan kemudiannya kembali ke Taman Buaya dan Rekreasi Melaka hingga 2018.

"Saya kemudiannya ke sebuah pusat rekreasi sebagai pemanjat pokok teknikal sebelum ditawarkan semula menjadi penjaga haiwan di Taman Buaya dan Rekreasi Melaka kira-kira dua tahun lalu hingga kini," katanya yang juga bapa kepada tiga anak berusia dua hingga tujuh tahun.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-8-2023 05:09 PM | Show all posts

Berhubung perkongsian di TikTok, Saifullah berkata, niatnya adalah untuk berkongsi ilmu dan rutin kerja selain memupuk perasaan sayang masyarakat terhadap buaya yang sering dicop sebagai haiwan pembunuh manusia.

"Saya mula dapat perhatian selepas muat naik satu gambar di TikTok dan tak sangka terus mengumpul 10,000 pengikut ketika itu.

"Waktu itu, baru saya tahu ada yang berminat nak tahu mengenai kisah penjaga haiwan dan sejak itu, saya kongsikan video.

"Alhamdulillah, ramai beri maklum balas positif walaupun ada juga terima kecaman.

"Saya terima saja apa jua pandangan dan sebenarnya, saya ada impian nak jadi macam ayah tetapi sedar tidak mampu kerana tak belajar tinggi  tetapi ia bukan pematah semangat untuk terus berbakti kepada haiwan," katanya yang dikenali dengan gelaran Bang Buya dan sudah mengumpul lebih 355,000 pengikut di TikTok.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:42 PM GMT+8 , Processed in 0.060841 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list