CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1193|Reply: 0

Terengganu anjur kejohanan Muaythai patuh syariah

[Copy link]
Post time 23-8-2023 01:32 PM | Show all posts |Read mode

Ali Yaakub (kiri) dan Mat Ropi (kanan) bersedia bertarung dalam T-Fight Festival yang dijadualkan berlangsung pada 29 dan 30 September.




KUALA LUMPUR: Satu kejohanan muaythai berkonsep patuh syariah, Terengganu Fight Festival (T-Fight) menjadi acara julung kali di Malaysia yang memfokuskan kepada aktiviti sukan menutup aurat dan berlandaskan peraturan Islam.

Kejohanan yang dijadual berlangsung pada 29 dan 30 September itu bakal menampilkan sebelas atlet ternama antaranya Ali Yaakub, Mat Ropi Singamuda dan pemenang dua kali ONE Championship yang sedang meningkat naik, Aliff Rakib sebagai tarikan utama.

Dijadual berlangsung di Stadium Tertutup Gong Badak, Kompleks Sukan Negeri Terengganu, festival ini bakal menyaksikan semua peserta memakai seluar lebih panjang di bahagian dalam sehingga menutupi lutut, selain seluar pendek muaythai di bahagian luar.

Mengambil ‘trademark’ sukan patuh syariah dan “fit is sunnah” yang diperkenalkan kerajaan negeri Terengganu, penganjuran sukan tempur gelanggang ini turut bermatlamat menarik pengunjung dari sudut pelancongan sukan(sports tourism).



Presiden Persatuan Muaythai Terengganu, Najmi Abdullah berkata, penganjur menyasarkan kehadiran lebih 20,000 pengunjung bagi menyaksikan tujuh jenis pertarungan yang terbahagi kepada dua bahagian iaitu 1 Super Four (tiga pertarungan) dan 4 Super Fight (4 pertarungan).

“Untuk Super Four, acara ini melibatkan empat atlet kategori 55 kilogram yang bertarung untuk satu gelaran. Bagi Super Fight pula, acara ini lebih kepada mencari bakat baharu, ada tiga acara dipertandingkan iaitu normal glove, MMA glove, 10oz glove dan 6oz glove.

“Dalam Super Four, Ali Yaakub akan menentang Sabri Thaivisix (MMA glove); sementara Mat Ropi akan memakai glove 10oz dan berlawan atlet luar negara,” katanya.

Daripada 11 atlet bertanding, terdapat peserta dari Iran, Amini Sirvan yang dipilih pihak penganjur sebagai wakil tunggal luar negara untuk bertanding dalam kejohanan ini.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu, Dr Nasree Najmi berharap festival ini akan menjadi acara tahunan negara dalam kalendar bagi merancakkan sukan muaythai, sekali gus menarik golongan muda terlibat dalam aktiviti berfaedah.

Ujarnya, matlamat mereka selepas ini adalah untuk melebarkan kejohanan ini di negeri lain namun masih membawa nama T-Fight Festival.

“Selain pertarungan dalam gelanggang, kita juga mengadakan acara lain seperti pertunjukan seni pertahanan diri selama 16 jam tanpa henti yang akan dimasukkan dalam Malaysian Book of Records, pameran acara polis, cabaran e-sukan dan pelbagai lagi,” katanya.-UTUSAN
https://www.utusan.com.my/terkin ... thai-patuh-syariah/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:24 PM GMT+8 , Processed in 0.198552 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list