CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3298|Reply: 0

Sebab Apa Kucing Perlu Hidu Punggung Kucing Lain?

[Copy link]
Post time 30-8-2023 09:22 AM | Show all posts |Read mode


Kucing mempunyai deria asas yang sama seperti manusia, iaitu sentuhan, pendengaran, penglihatan, rasa dan bau.


Antara kelima-lima ini, deria bau adalah deria paling kuat dan penting bagi kucing. Kucing mempunyai deria bau sebanyak 14 kali lebih kuat dan sensitif berbanding manusia.


Disebabkan deria bau ini, maka sudah pasti anda, khasnya pencinta kucing, pernah melihat aksi kucing yang mencium bahagian punggung kucing lain apabila mereka bertemu. Persoalannya, kenapa?




Tabiat mencium punggung kucing lain ini adalah satu perkara normal, dan ia adalah salah satu bentuk komunikasi sesama mereka. Itu adalah cara bagaimana kucing menyapa dan mengenali antara satu sama lain, selain menghidu badan, muka dan leher.


Dengan menghidu, kucing boleh mendapatkan maklumat baru tentang kucing tersebut dan memperkuatkan ikatan serta komunikasi mereka. Perkara ini samalah seperti manusia berjabat tangan ketika bertemu seseorang, cumanya kucing menzahirkan ia dalam perbuatan menghidu.


Ketika proses menghidu, sejenis hormon yang disebut sebagai feromon akan dilepaskan pada bahagian wajah, dimana feromon ini mempunyai pelbagai info tentang seekor kucing. Antara maklumat yang mungkin didedahkan adalah seperti tahap kesihatannya, sama ada pernah berjumpa sebelum ini atau tidak, aktif secara seksual, mood kucing tersebut dan banyak lagi.


Pernah juga kucing yang mencium punggung kucing lain akan menunjukkan ekspresi seakan menghidu bau busuk, dengan mulut terbuka dan mata keatas. Kelakuan ini disebut sebagai flehmen response, dan normal bagi kucing untuk meningkatkan lagi deria baunya.




Kucing mempunyai satu organ Jacobson, atau dikenali sebagai organ vemoronasal yang terletak di bahagian dalam antara hidung dan mulutnya, berfungsi sebagai sistem bau kedua. Ia bertindak mengesan bahan kimia tertentu dengan menggunakan saraf yang bersambung terus ke bahagian otak.


Maka, apabila kucing membuka mulut selepas menghidu punggung kucing lain, maka mereka membiarkan bau masuk dengan lebih baik ke dalam organ Jacobson ini. Ia sekaligus membolehkan kucing menghidu sesuatu bau dengan lebih jelas.




Jadi, bukanlah suatu yang pelik jika selepas ini anda melihat kucing menghidu punggung kucing lain. Ia sebagai bentuk komunikasi sesama mereka dan semulajadi buat kucing.


sumber
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:49 PM GMT+8 , Processed in 0.060596 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list