CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4241|Reply: 30

[Politik] 'Akidah jangan dimain-mainkan', Muhyiddin diminta bertaubat

  [Copy link]
Post time 4-9-2023 07:57 AM | Show all posts |Read mode

JOHOR BAHRU – Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu bertaubat susulan kenyataan beliau yang mengharamkan undian kepada calon Pakatan Harapan Suhaizan Kaiat pada Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Parlimen Pulai.


Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan, atau Tok Mat berkata, Muhyiddin seharusnya bersikap budiman dengan menerangkan hala tuju atau perancangan parti kepada pengundi ketika berkempen atau berpolitik berbanding mengeluarkan kenyataan yang dilihat seperti mempermainkan akidah.


“Jangan yang halal kita haramkan, itu bukan hak kita, berkempen atau politik boleh tetapi akidah jangan dimain-mainkan. Kalau dalam sukan tinju, kita sifatkan ini seperti tumbukan bawah pinggang.


“Saya ingin beri nasihat kepada abang-abang saya ini supaya menjadi orang yang budiman, beritahu kepada orang apa yang kita hendak buat (jika menang PRK) sama ada mahu memantapkan kerajaan atau sebagainya, bukan dengan kenyataan seperti itu,” katanya ketika diminta mengulas kenyataan Ahli Parlimen Pagoh itu.


Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melawat Pusat Daerah Mengundi Permatang Kempas di sini hari ini.


Menteri Pertahanan itu juga meminta jentera UMNO dan Barisan Nasional terutama sayap wanita untuk bertemu lebih ramai pengundi putih bagi menerangkan kepada mereka mengenai kepentingan mengundi calon yang mewakili Kerajaan Perpaduan di Pulai.


Mohamad berkata ini kerana kemenangan di kerusi itu penting bagi memperkukuhkan lagi Kerajaan Perpaduan yang memiliki majoriti dua pertiga sekali gus memastikan misi memulihkan ekonomi berjaya.


Beliau berkata kerajaan yang mantap menjadi antara kriteria utama untuk pelabur melabur di sesuatu negeri atau negara dan ini boleh dilihat menerusi pencapaian Johor yang mencatat pelaburan sebanyak RM70.6 bilion pada tahun lepas.


“Selepas Johor menang sahaja (dengan majoriti dua pertiga) pada bulan Mac, Johor membawa masuk pelaburan RM70 bilion pada tahun lalu iaitu 30 peratus daripada keseluruhan pelaburan negara.


“Sekarang negara kita menjadi destinasi pelabur baharu nak datang, contohnya Tesla pilih Malaysia, Infineon Technologies pula tambah pelaburan RM25 bilion di Taman Teknologi Tinggi Kulim di Kedah,” katanya. – BERNAMA


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2023 07:59 AM | Show all posts
Edited by Simunggu at 4-9-2023 08:00 AM

manusia sekarang kebanyakannya penunggang agama...ramai


org jujur/ bagi true color dikatakan bodoh...

Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2023 08:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Alamak smpt lg jual nama infeneon dkt kedah ????
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2023 08:15 AM From the mobile phone | Show all posts
serupe mcm kalu undi party lain jatuh talak 3, tonggang agama at the fullest.
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2023 08:47 AM | Show all posts
mat, lcs pa cite?
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2023 09:06 AM | Show all posts
sukati je nak haram2kan.. yang terang2 haram ialah rasuah, mencuri, khianat
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-9-2023 09:17 AM | Show all posts
Nika Gee dah dilupakan ke?
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2023 09:17 AM From the mobile phone | Show all posts
kucingitam replied at 4-9-2023 09:06 AM
sukati je nak haram2kan.. yang terang2 haram ialah rasuah, mencuri, khianat

Nak buat mcm mana. Nak jual rekod performance time dia jd PM, mana ada. Paling2 ok pun mora & kwsp. Pastu paling bangsat tutup parlimen. Senang dia nak sakau duit janawibawa.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2023 09:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Signs of DESPERATION
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2023 10:06 AM | Show all posts
Kuasa punya pasal sampai hilang pedoman dibuatnyer...
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2023 10:12 AM | Show all posts
din pagoh jgn caye
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2023 10:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Undi PN dapat sunat, bagi yang belum potong
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2023 10:30 AM | Show all posts
abah cow dah naik pangkat jd fulamak
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2023 10:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Tapi takde pun puak pejuang islam nak tegur... islam apa mereka ini?
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2023 12:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Walaupun aku tak sabar tunggu muhyidin ni dijelkan tapi aku setuju apa dia ckp ni. Kalau engkorang fhm apa itu secularism baru engkorang fhm apa dia ckp. Cth secularism terbaik sekarang adalah france. Dan kalau dah org Islam sokong secularism ni mmg rosaklah akidah. Tak caya boleh tanya mufti.
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2023 12:13 PM From the mobile phone | Show all posts
https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/bayan-linnas/3613-bayan-linnas-siri-ke-203-bahaya-serangan-pemikiran

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2023 12:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Semua pemimpin patut bertaubat..duk tunding kat org ini, org itu padahal sendiri pun 2x5 babi
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2023 12:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagi bola tanggung plak..mmg kena smash le
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2023 09:46 PM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 4-9-2023 12:14 PM
Semua pemimpin patut bertaubat..duk tunding kat org ini, org itu padahal sendiri pun 2x5 babi

Ko 2x5 babi kheun org berada dlm kedudukheun mana?

#tanyaje
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2023 09:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang haram pun kalo bagi undi dekat parti sekular liberal yg sah2 menentang ajaran agama islam ni
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 10:12 AM GMT+8 , Processed in 0.077945 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list