CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2278|Reply: 0

Aniq cipta sensasi raih gangsa Kejohanan Dunia

[Copy link]
Post time 7-9-2023 12:39 PM | Show all posts |Read mode

Mohamad Aniq Kasdan (kanan) berada di podium selepas meraih pingat gangsa dalam acara clean & jerk kategori 61kg lelaki pada Kejohanan Angkat Berat Dunia di Riyadh, malam tadi. – Foto IWF

KUALA LUMPUR: Badang negara, Mohamad Aniq Kasdan mencipta sensasi apabila memenangi pingat gangsa acara clean & jerk bagi kategori 61 kilogram pada Kejohanan Angkat Berat Dunia 2023 di Riyadh, Arab Saudi, malam tadi.

Kejayaan itu hadir selepas pemenang pingat emas Sukan Komanwel Birmingham 2022 itu melakukan angkatan 166kg.

Lebih manis, Aniq, 21, yang melakukan angkatan 125kg bagi acara snatch berjaya mengumpul angkatan keseluruhan 291kg sekali gus memecahkan rekod kebangsaan bagi kategori 61kg.

Ini kali kedua Aniq memenangi pingat pada Kejohanan Dunia selepas meraih perak dalam acara clean & jerk kategori 55kg pada edisi 2021 di Uzbekistan.


Pingat emas acara clean & jerk kali ini dimenangi atlet Amerika Syarikat, Hampton Morris dengan angkatan 168kg manakala Li Fabin dari China meraih perak 167kg.

Presiden Persekutuan Angkat Berat Malaysia, Datuk Ayub Rahmat menyifatkan pencapaian Aniq sesuatu yang membanggakan buat negara.

Katanya, ia juga meletakkan atlet berasal dari Johor itu di landasan tepat bagi mengesahkan tiket ke Sukan Olimpik Paris 2024 apabila menghuni kedudukan kesembilan keseluruhan selepas tiga kejohanan.

"Berdasarkan kedudukan semasa selepas menyertai tiga kejohanan antarabangsa, Kejohanan Angkat Berat Asia di Jinju, Korea dan Kejohanan IWF Grand Prix di Havana, Cuba dan Kejohanan Angkat Berat Dunia di Riyadh, Arab Saudi (kejohanan wajib kelayakan ke Olimpik), Aniq berada pada kedudukan kesembilan keseluruhan.

"Hanya 10 atlet terbaik setiap kategori (hanya seorang atlet satu negara) Olimpik layak secara automatik untuk ke Sukan Olimpik Paris 2024," katanya.
https://www.bharian.com.my/sukan ... gsa-kejohanan-dunia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:05 PM GMT+8 , Processed in 0.188052 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list