CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2824|Reply: 0

KBS komited perangi rasuah

[Copy link]
Post time 7-9-2023 10:59 PM | Show all posts |Read mode
KBS komited perangi rasuah





HANNAH Yeoh. FOTO BERNAMA



Kuala Lumpur: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sentiasa komited menjalinkan kerjasama dengan pihak berkuasa bagi memerangi isu rasuah atau perjudian dalam sukan, kata Menterinya, Hannah Yeoh.

Beliau berkata pihaknya telah mengadakan Program Advokasi Antirasuah Badan Sukan Kebangsaan dan Ikrar Bebas Rasuah Badan Sukan Kebangsaan bersama pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 3 Ogos lalu.

Selain itu, pihaknya juga telah mengadakan mesyuarat berhubung isu perjudian haram dalam sukan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Majlis Sukan Negara (MSN) dan Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Dadah dan Jenayah (UNODC) pada 22 Ogos.

"Saya sudah bangkitkan semua kerisauan kepada polis dan mereka juga kata kita akan dapatkan data-data yang lebih terperinci. Seperti yang anda tahu, betting ini bukan sahaja boleh berlaku kepada e-sukan tetapi juga keputusan perlawanan dan apa-apa perlawanan yang ditetapkan.

"Sebab itu, sekarang kita lihat bagaimana boleh eratkan lagi kerjasama antara SPRM, PDRM … mereka hadir di MSN membuat ikrar janji bersama persatuan sukan dan atlet untuk pastikan ada tadbir urus yang baik, supaya kita tahu salah laku semua. Kita dalam peringkat kesedaran," katanya selepas menghadiri sesi dialog bersama Standard Chartered di sini hari ini.

Ditanya sekiranya KBS ada menerima maklumat berkenaan salah laku dalam arena sukan, Hannah berkata setakat ini pihaknya belum menerima apa-apa aduan secara terperinci, namun bersedia memberi kerjasama sekiranya diperlukan pihak berkuasa.

Semalam, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki memaklumkan industri sukan elektronik atau e-sukan kini dalam pemerhatian SPRM berikutan industri itu terdedah kepada isu rasuah serta perjudian.

Dalam pada itu, Hannah berkata sebarang perubahan senarai atlet ke program Road To Gold (RTG) hanya akan dibincangkan pada mesyuarat jawatankuasa penilaian program itu selepas Sukan Asia Hangzhou 2022 yang akan membuka tirai pada 23 September ini, berakhir.

"Kita akan bincang dengan jawatankuasa, tetapi fokus sekarang ialah Sukan Asia, yang paling penting mereka (atlet) perlu buat yang terbaik di sana," katanya.

Program RTG ialah projek nasional dengan objektif untuk menyelaras usaha memburu emas sulung pada Sukan Olimpik.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ited-perangi-rasuah

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:03 AM GMT+8 , Processed in 0.084001 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list