CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2489|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Yakin 500,000 unit Rumah Mampu Milik dicapai pada RMK12

[Copy link]
Post time 11-9-2023 12:43 PM | Show all posts |Read mode





KUALA LUMPUR:  Kerajaan yakin sasaran  membina 500,000 unit Rumah Mampu Milik dalam RMK12 akan tercapai dengan tahun 2022 sebanyak 108, 373 unit rumah tersebut sudah dibina.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, selain itu inisiatif penyediaan tempat tinggal secara sewaan kepada golongan yang kurang berkemampuan di kawasan bandar utama yang dilaksanakan di beberapa tempat seperti di Johor dan Selangor akan diperluaskan.

Menurut beliau, kerajaan sentiasa cakna dalam soal perumahan dan menjadikannya sebagai agenda utama yang tidak boleh dikompromi.

“Kita sedar bahawa harga rumah dan kadar sewa yang semakin meningkat telah membebankan rakyat.

“Saya yakin dengan penglibatan semua sektor awam dan swasta, sasaran kita untuk membina 500,000 unit Rumah Mampu Milik dalam RMK12 akan tercapai. Sehingga akhir tahun 2022, sebanyak 108,373 unit Rumah Mampu Milik telah dibina,” katanya ketika pembentangan Kajian Separuh Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMK12) di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Anwar berkata, projek rintis Perumahan Inklusif Madani akan dibangunkan untuk golongan sasar di bandar utama seperti Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang dengan melibatkan 800 unit rumah pelbagai saiz ruang lantai bagi menampung keperluan golongan sasar yang berbeza.

Katanya, selain itu, tumpuan juga akan diberikan untuk meneroka potensi perkampungan persaraan yang inklusif bagi persediaan menghadapi impak negara menua.- UTUSAN


https://www.utusan.com.my/berita ... dicapai-pada-rmk12/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 03:51 AM GMT+8 , Processed in 0.044878 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list