View: 13042|Reply: 18
|
[Tempatan]
Buku telah dikemukakan kepada Agong: Ada tangan ghaib di belakang Tommy Thomas?
[Copy link]
|
|
Edited by pengecattaik at 13-9-2023 06:55 AM
KUALA LUMPUR, 10 Sept – Kerajaan akan mengemukakan senarai nama Ahli Jawatankuasa Pasukan Khas Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat buku tulisan Tan Sri Tommy Thomas, ‘My Story: Justice in the Wilderness’, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata senarai nama itu akan dibawa oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said, untuk dibentangkan kepada Kabinet bagi mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Kabinet meluluskan penubuhan RCI, namun asasnya dulu ada pasukan petugas khas diwujudkan, namun Tommy Thomas telah ambil tindakan undang-undang kepada ahli pasukan petugas khas itu. Maka asas kepada butiran terdapat dalam pasukan petugas khas itu, mungkin boleh dijadikan sandaran oleh ahli RCI baharu yang belum dilantik.
“Saya merasakan Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi akan kemukakan nama kepada Kabinet bagi mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, untuk RCI ini menyegerakan tugas mereka,” katanya..
Sebelum ini, Azalina berkata kerajaan menyatakan persetujuan penubuhan RCI, bagi meneliti secara menyeluruh isu berkaitan integriti serta kebebasan kehakiman dan perundangan negara.
Buku tulisan Tommy Thomas tersebut yang diterbitkan pada Januari 2021, menjadi kontroversi apabila bekas peguam negara itu dalam bukunya, mendakwa mengadakan perbincangan bersama bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, ketika kedua-duanya dalam kerajaan , dalam pelantikan Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan dan Hakim Besar Sabah dan Sarawak.
Berhubung Perhimpunan Agung Tahunan Parti Makkal Sakti, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), berkata beliau akan mempertimbangkan untuk memberi jawatan Ahli Dewan Negara kepada ahli Friends of BN itu. -BERNAMA
BACA: 11 ALASAN MENGAPA AHMAD ZAHID DILEPASKAN TUDUHAN
https://umno-online.my/2023/09/10/senarai-nama-ahli-jawatankuasa-rci-siasat-buku-bekas-peguam-negara-dikemuka-kepada-agong/
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Byk membaca luas pengetahuan dek
|
|
|
|
|
|
|
|
Nak usulkheun pada agong ..cepat cepat....kontract tamat bulan January 2024....kalo ko submit selepas iteww ...sultan baru takes over the reign....korang boleh mimpi kerok je ler dapat kelulusan...to go ahead.... |
|
|
|
|
|
|
|
pengecattaik replied at 13-9-2023 02:29 AM
Byk membaca luas pengetahuan dek
Not really...bila banyak membaca...suka suki buat rumusan sendiri tanpa guidance ...jadi ler macam @rainbowrainz.....salah bawak....terpesong
Kahkahkahkahkah |
|
|
|
|
|
|
|
Thank you for your service!
Next?
|
|
|
|
|
|
|
|
berat dakwaan nie, kena disiasat dan diambil tindakkan segera....sebelum rakyat dan dunia hilang kepercayaan dalam sistem keadilan negara.
SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA KE ATAS TOMMY THOMAS:
Kerajaan telah mengumumkan untuk menubuhkan RCI menyiasat isi kandungan dan beberapa perkara yang didedahkan dalam buku memoir mantan Peguam Negara, Tommy Thomas.
Di dalam buku tersebut, Tommy Thomas sendiri telah menyatakan bahawa terdapat campurtangan politik daripada Tun Mahathir di dalam Badan Kehakiman Negara melalui pelantikan dan penyusunan Hakim-Hakim di Malaysia.
Salahlaku dan kepincangan dalam urusan kehakiman ini turut disahkan dalam laporan siasatan oleh Pasukan Petugas Siasatan Khas pada tahun 2022.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by akusukaq at 13-9-2023 06:33 PM
Baru tau ke ??? Ketua Hakim pun Saka Tua boleh tendang . Inikan setakat campur tangan dlm badan pendakwaan..biasa la tuw dah jadi amalan sejak mula berkuasa. |
|
|
|
|
|
|
|
Ingat lagi arwah kak adibah noor terangkan sebutan wilderness yg betul.
|
|
|
|
|
|
|
|
Pak Mail tersenyum sinis |
|
|
|
|
|
|
|
impak dan kesan RCI selepas itu apa dia? |
|
|
|
|
|
|
|
pokokmeranti replied at 14-9-2023 08:17 AM
impak dan kesan RCI selepas itu apa dia?
Impaknya ialah Najib mesti dibebaskan sebab Mahathir campur tangan institusi kehakiman |
|
|
|
|
|
|
|
kan Tun M akan dilantik penasihat kepada 4 buah negeri yg dipegang PN...tak kan la lebai nak lantik org yg salah kuasa.
|
|
|
|
|
|
|
|
Skang ni gomen ph nak dpt apa dari benda ni...nak jatuhkan tun ke nak bebaskan najib...x ke bodoh amat nak bebaskan najib sbb dlu ph gak yg beria ria jatuhkan die..tun plak apa lagi kuasa yg dia ada skang? |
|
|
|
|
|
|
|
Bangkem memang dari dulu dapat rasa tomitomat nih agak sesuatuh
Benda yang dia buat pelik2 |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by kakikuDibibirmu at 15-9-2023 10:26 PM
kemaruk replied at 15-9-2023 09:18 AM
Bangkem memang dari dulu dapat rasa tomitomat nih agak sesuatuh
Benda yang dia buat pelik2
Siapa suruh lepaskan teroris LTTE (Lelaki Tamil Telur Eeetam) dengan kes arwah Adib! |
|
|
|
|
|
|
|
Yang ni salah anwar ke dap? |
|
|
|
|
|
|
| |
|