CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2331|Reply: 0

[Selangor] Motosikal ditahan JPJ, rider pulang jalan kaki

[Copy link]
Post time 13-9-2023 12:29 PM | Show all posts |Read mode

Tangkap layar video memaparkan seorang rider berjalan kaki selepas motosikalnya didakwa ditahan pihak berkuasa.

PETALING JAYA – Niat murni seorang lelaki mencari rezeki halal dengan menjadi penghantar makanan (rider) terbantut apabila motosikalnya dipercayai ditahan pihak berkuasa.

Menerusi perkongsian di laman Facebook Daily Trafic Report, kelihatan rider berkenaan berjalan kaki meninggalkan kawasan sekatan jalan raya (SJR) yang dilakukan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Menerusi klip video itu juga, lelaki yang masih memakai topi keledar dilihat menggalas beg milik sebuah syarikat penghantaran.

Turut kelihatan, beberapa lagi individu yang dipercayai turut ditahan dalam SJR tersebut.

“Zaman ekonomi teruk ni susah nak cakap. Apa pun min doakan moga dipermudahkan segala urusan abang tersebut,” tulisnya.

Bagaimanapun, perkongsian itu tidak menyatakan tarikh dan lokasi kejadian itu dan mengapa rider tersebut bertindak berjalan kaki meninggalkan kawasan SJR.

Susulan perkongsian itu, beberapa pengguna telah meninggalkan pelbagai reaksi dan komen.

“Moga diberi kelapangan rezeki dan ketenteraman hati buat abang Foodpanda. Moga digantikan dengan sesuatu yang lebih baik di masa akan datang,” tulis Ruhaiza Samsudin.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Hamdi Mi.

“Takkan la pegawai tu tak ada budi bicara, kalau roadtax (cukai jalan) mati sekali pun, boleh je keluar surat saman. Fikir sikit kawan tu cari rezeki,” luahnya sedih. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2023/09 ... -pulang-jalan-kaki/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 02:42 AM GMT+8 , Processed in 0.033793 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list