View: 782|Reply: 0
|
Damok sedia gegar saingan MotoGP pada GP Malaysia
[Copy link]
|
|
SIC menolak mengambil wildcard kerana ada pelumba tempatan, Syarifuddin atau Damok yang bersaing secara musim penuh dalam kelas Moto3 pada MotoGP bersama pasukan MT Helmets-MSi.
LITAR Antarabangsa Sepang (SIC) membuat keputusan tidak mengambil tiket wildcard untuk meletakkan pelumba tempatan menjelang perlumbaan Grand Prix (GP) Malaysia yang berlangsung pada November depan.
Keputusan tersebut dibuat selepas SIC mempunyai pelumba tempatan, Syarifuddin Azman yang bersaing secara musim penuh dalam kelas Moto3 pada Kejuaran Motosikal Dunia (MotoGP) bersama pasukan MT Helmets-MSi.
Bagaimanapun, Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif tidak menolak kemungkinan sekiranya Petronas selaku penaja utama GP Malaysia terbuka mengambil wild card seperti dilakukan oleh syarikat tersebut pada musim lepas.
Tahun lalu, tiga pelumba tempatan seperti Khairul Idham Pawi, Kasma Daniel Kasmayuddin dan Azroy Hakeem Annuar bersaing pada GP Malaysia bersama pasukan Petronas Mie Racing dalam kelas Moto2.
“Berkenaan tiket wild card, pengumuman boleh dibuat dalam tempoh 45 hari sebelum bermula GP Malaysia. Kita boleh serah nama pelumba yang terpilih tetapi kelulusan tertakluk kepada Dorna dan IRTA untuk putuskan.
“Jadi tahun ini, bagi pihak SIC tiada sebarang perancangan lagi berkenaan wildcard. Tahun lalu, kita letak Damok (Syarifuddin Azman) kerana tidak ada pelumba Malaysia tetapi kali ini kita ada Damok yang beraksi secara musim penuh.
“Kita harap dia boleh mewakili Malaysia dan banggakan negara pada perlumbaan itu nanti. Selain itu, menariknya pada GP Malaysia kita juga ada empat pelumba Malaysia yang bersaing pada Asia Talent Cup.
“Harap ramai lagi pelumba tempatan bersaingan pada MotoGP. Selama ini, Petronas menaja acara serta pelumba dan apa yang kita perlukan, adalah lebih ramai penaja datang untuk membantu sukan ini dan pelumba untuk terus berlumba,” kata Shafriman.
Untuk rekod, kali pertama Malaysia tidak menyenaraikan pelumba negara beraksi atas tiket wildcard adalah pada tahun 2018.
Pada majlis yang dihadiri Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh hari ini, SIC turut mengumumkan penjualan Tiket Rahmah yang dibuka hari ini kepada seluruh rakyat Malaysia dengan harga RM49.90 bagi tempat duduk K2 Hillstand. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/09 ... p-pada-gp-malaysia/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|