CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4133|Reply: 0

[Selangor] 'Dapat seorang ini sudah bersyukur, bahagia sangat'

[Copy link]
Post time 16-9-2023 04:20 PM | Show all posts |Read mode

FARIHAH dan Mohd Noor Razwan menimang cahaya mata mereka, Syifaa Bahirah yang kini sudah berusia tiga bulan. FOTO Ihsan Farihah Baihaki

Shah Alam: Kelahiran bayi perempuan, Syifaa Bahirah menjadi 'penawar' buat suami isteri ini yang sabar dan tabah menanti kehadiran cahaya mata pertama selama melayari bahtera perkahwinan sejak 16 tahun lalu.

Farihah Baihaki 40, dan suami, Mohd Noor Razwan Abdul Razak, 41, menyifatkan kehadiran anak tunggal mereka, Syifaa Bahirah yang kini sudah berusia tiga bulan sebagai nikmat Allah SWT yang paling berharga dan menggembirakan.

Farihah berkongsi kisah itu di TikTok dan ia meraih perhatian netizen yang turut merasai kegembiraan pasangan berkenaan yang akhirnya bergelar ibu bapa pada usia yang dianggap agak lewat untuk kelahiran anak pertama.

Berkongsi kisah itu, Farihah berkata, dia juga menganggap Jun adalah bulan paling bermakna buatnya kerana anak kesayangannya itu dilahirkan pada 7 Jun lalu, manakala dia dan suami masing-masing dilahirkan pada 2 Jun dan 12 Jun.

Menurutnya, dia tidak pernah menyangka akan mempunyai zuriat sendiri kerana sepanjang 16 tahun berkahwin itu adalah kali pertama dia hamil namun mengakui reda dengan takdir itu, malah sentiasa bersangka baik dengan Allah.

"Setiap perjalanan hidup kita sudah diatur oleh Allah yang tahu apa terbaik untuk setiap hamba-Nya tetapi kami tidak pernah berhenti berdoa dan mungkin di usia ini adalah masa terbaik untuk kami bergelar ibu bapa kepada zuriat sendiri.

"Khabar berita itu bukan saja menggembirakan kami tetapi seluruh keluarga kedua-dua pihak kerana ia adalah saat yang dinanti sejak sekian lama, malah seakan tidak percaya yang saya akhirnya hamil ketika itu sehinggalah kami membuat imbasan kandungan dan mendengar degupan jantung bayi.

"Perasaan teruja, gembira dan takut bercampur-baur tetapi saya bersyukur dengan rezeki ini kerana kami pernah melalui situasi menyedihkan apabila ramai kerap bertanya mengenai zuriat," katanya yang menetap di Sungai Kandis, di sini.

Katanya, hatinya pernah terusik apabila ada membangkitkan soal anak, namun dia meminta mereka sentiasa mendoakannya dan menganggap zuriat adalah rezeki yang akan diberikan tepat pada masa tanpa mengira cepat atau lambat.

Farihah turut mengakui mereka juga sepakat memilih untuk tidak melakukan pemeriksaan kesuburan kerana tidak mahu berharap, hilang semangat atau merasakan diri sebagai punca kepada masalah berkenaan sebaliknya menjalani kehidupan seperti biasa mengikut aturan dirancang Allah.

"Tahun ke-10 perkahwinan saya dan suami sudah sepakat untuk tidak terlalu memikirkan soal anak ketika itu dan kami tetapkan di hati kalau ada, adalah rezeki kami dan kalau tiada kami reda meneruskan kehidupan berdua dengan gembira.

"Dapat seorang ini sudah bersyukur dan bahagia sangat. Kadang-kadang ketika pergi klinik ada juga yang tanya Syifaa Bahirah ini anak ke berapa dan apabila kami cakap anak pertama mereka terkejut sebelum terus tanya usia kami sebab sangka sudah ada beberapa anak lain," katanya.
https://www.hmetro.com.my/utama/ ... ukur-bahagia-sangat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:42 AM GMT+8 , Processed in 0.050942 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list