CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4102|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] 'Boleh nampak, dah kurang orang datang ke kedai'

[Copy link]
Post time 16-9-2023 04:22 PM | Show all posts |Read mode

SURIATI ketika ditemui di medan selera dekat Pantai Dalam, Kuala Lumpur. FOTO Redzuan Muharam

Kuala Lumpur: "Serba salah jadinya, kalau boleh tak nak letak harga mahal atau naikkan harga tapi terpaksa kerana barang keperluan pun sudah naik (harga) sekarang," luah peniaga nasi campur dikenali Suriati.

Suriati, 48, yang sudah 20 tahun menjadi peniaga makanan mengakui kenaikan harga barangan keperluan termasuk beras membuatkannya tersepit.

Ia kerana dia perlu menaikkan harga barangan jualan iaitu nasi dan lauk sekalipun tahu tindakannya itu akan memberi kesan kepada pelanggan.

"Selepas raya haji (Aidiladha), harga beras naik jadi saya pun terpaksa naikkan harga nasi putih, jika dulu RM1.50 tetapi sekarang RM2.

"Selain harga nasi putih, harga lauk juga naik yang mana nasi putih dengan lauk ayam dijual antara RM7 hingga RM8 manakala nasi putih bersama ayam, kuah dan sayur pada harga RM9.

"Nasi dengan lauk ikan mahal sedikit iaitu RM10 sepinggan dan RM11 jika bersama sayur," katanya ketika Tinjauan Harian Metro di medan selera dekat Pantai Dalam, di sini, hari ini.

Menurut Suriati, dia tiada pilihan melainkan perlu memikirkan keuntungan kerana ada komitmen bulanan perlu dibayar.

"Jika jual murah akan makan diri dan ibarat kita sedekah saja makanan kepada pelanggan. Jadi terpaksa naikkan (harga) kerana saya ada tiga anak dan utiliti perlu dibayar.

"Setakat ini, pelanggan faham kerana tak ada yang merungut cuma boleh nampak kurang orang datang ke kedai. Mungkin mereka nak berjimat dan masak sendiri di rumah," katanya.



IDA Suraya. FOTO Redzuan Muharam

Sementara itu, pembantu kedai nasi ayam penyet, Ida Suraya Sukri, 40 berkata, harga makanan masih sama kecuali nasi putih yang dijual dengan harga RM2 berbanding RM1.50 tahun lalu.

Bagaimanapun, Ida berkata, pelanggan yang datang ke kedai tidak ramai dan dia mengharapkan untung daripada pesanan dibuat pelanggan menerusi aplikasi dalam talian.

"Buat masa ini, tauke (pemilik kedai) kekalkan harga sama jadi saya ikut saja jual nasi bersama ayam dan ikan keli pada harga RM8 manakala RM10 bagi talapia serta bawal.

"Akan datang tak tahu macam mana tapi pelanggan tak kata apa, mungkin mereka faham memandangkan barang keperluan pun sudah naik sekarang.

"Jadi, bukan hanya pelanggan malah peniaga pun turut sama terkesan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/utama/ ... ang-datang-ke-kedai
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 12:08 AM GMT+8 , Processed in 0.046093 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list