CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4366|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Kita tidak kepung sesiapa pun - Polis

[Copy link]
Post time 17-9-2023 10:53 AM | Show all posts |Read mode

ALLAUDEEN (kiri) pada sidang media di IPD Dang Wangi. FOTO Aswadi Alias

Kuala Lumpur: Polis menafikan dakwaan pihaknya 'mengepung' beberapa individu yang terbabit dengan Himpunan Selamatkan Malaysia di sebuah hotel di ibu negara, hari ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, dakwaan itu tidak benar kerana pihaknya sudah bertindak untuk memudah cara himpunan ini tanpa sebarang insiden tidak diingini.

"Maklumat memaklumkan ada pihak yang dikepung di hotel itu tidak benar kerana kita tidak kepung sesiapa pun.

"Malah, dianggarkan 800 hingga 850 peserta berkumpul dan berarak dari Masjid Kampung Baru sehingga ke Kompleks Sogo bermula 1 tengah hari sebelum bersurai 3.30 petang tadi," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini, hari ini.

Allaudeen berkata, seramai 16 individu berucap di hadapan Kompleks Sogo dan satu laporan polis diterima pihaknya yang dibuat di Balai Polis Dang Wangi ketika himpunan itu berlangsung.

"Kita sudah ambil semua tindakan untuk memudah cara himpunan ini dan tiada kejadian tidak diingini berlaku sepanjang tempoh perhimpunan berlangsung.

"Berkaitan laporan polis yang kami terima hari ini adalah berkaitan tema himpunan itu dan ia dalam proses untuk dikelaskan selepas kandungannya diteliti," katanya.

Mengulas mengenai keadaan trafik berikutan himpunan itu, beliau berkata, aliran trafik di sekitar lokasi penganjuran adalah lancar dengan pelaksanaan Operasi Hormat Undang-Undang (Op HUU).

"Objektif kita tercapai apabila berjaya mengawal trafik di lokasi terbabit. Ia dibantu pelaksanaan Op HUU di sekitar ibu negara bermula Jumaat lalu.

"Kita lihat warga kota lebih patuh pada undang-undang dengan pelaksanaan operasi ini dan mendapat respons baik daripada masyarakat," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... g-sesiapa-pun-polis
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 06:37 AM GMT+8 , Processed in 0.163035 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list