CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4988|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] 4 langkah segera atasi isu bekalan beras tempatan

[Copy link]
Post time 17-9-2023 10:56 AM | Show all posts |Read mode

AZMAN (tengah) berbincang bersama persatuan restoran dan penjaja di Putrajaya. FOTO Ihsan KPKM.

Kuala Lumpur: Isu kekurangan beras putih tempatan dijangka dapat di atasi sepenuhnya menjelang penghujung tahun menerusi beberapa langkah segera yang diambil Bahagian Kawalselia Padi dan Beras, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).

Ketua Pengarahnya Datuk Azman Mahmood berkata, satu pertemuan bersama pengusaha restoran, penjaja kecil serta pihak berkaitan diadakan di Putrajaya kelmarin, membincangkan inisiatif segera bagi memastikan bekalan beras tidak terjejas di pasaran.

Katanya, antara langkah diambil termasuklah menambah bekalan di hypermarket selain peniaga diberikan diskaun untuk membeli beras import bagi tujuan perniagaan.

Beliau berkata, mesyuarat bersetuju untuk memberikan 103 lesen borong kepada pemborong kecil dan melaluinya, pengusaha makanan yang bernaung di bawah persatuan perniagaan makanan dapat menikmati harga belian Beras Putih Import (BPI) pada harga borong iaitu RM160 untuk 50kg (harga pintu gudang).

Katanya, persatuan boleh mengeluarkan jenama sendiri jika berjaya mendapat lesen

borong dan ia memberikan manfaat dari segi perniagaan mereka.

"Kita juga bersetuju beras Basmathi adalah beras istimewa dan tidak tertakluk kepada harga borong BPI. Ia tertakluk kepada harga apungan yang ditentukan oleh pasaran semasa.

"Dari segi langkah intervensi, kita juga menetapkan bekalan di 41 outlet Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) serta 1,400 outlet Lembaga Pertubuhan Peladang di seluruh negara.

"Perlu difahami, tidak ada isu mengenai bekalan dan kita sedang berusaha untuk mengatasi masalah ini demi kepentingan semua," katanya kepada Harian Metro.

Azman berkata, pihaknya berharap dengan langkah intervensi menerusi kerjasama antara agensi, orang ramai boleh mendapatkan bekalan beras tempatan di outlet yang ada.

Sebelum ini Harian Metro melaporkan, KPKM memberi jaminan harga beras tempatan tidak akan mengalami kenaikan di pasaran.

Ia susulan langkah Padiberas Nasional Bhd (Bernas) yang menyelaraskan harga jualan beras putih import kepada RM3,200 per tan metrik berkuatkuasa mulai 1 September.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... alan-beras-tempatan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 02:51 AM GMT+8 , Processed in 1.303898 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list