CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4659|Reply: 0

Messi, Haaland berentap lagi

[Copy link]
Post time 17-9-2023 11:23 AM | Show all posts |Read mode

MESSI dijangka berentap sekali lagi bersama Haaland bagi merebut Anugerah Pemain Terbaik Dunia The Best kali ini. - AFP

BASEL – Dua pemain ternama, Erling Haaland dan Lionel Messi menjadi pilihan utama untuk menjulang trofi berprestij kelolaan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Anugerah The Best 2023 selepas disenarai pendek semalam.

Kedua-dua pemain ini akan berdasarkan prestasi di peringkat kelab dan negara bermula 19 Disember 2022 hingga 20 Ogos 2023 yang lepas sebelum diiktiraf sebagai Pemain Terbaik Lelaki Dunia tahun ini.

Berdasarkan pencapaian tempoh tersebut, Haaland dilihat lebih menyerlah apabila berjaya membantu kelab yang diwakilinya, Manchester City untuk menjulang gelaran trebel dengan mendominasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Piala FA dan Liga Juara-Juara Eropah.

Malah, penyerang antarabangsa Norway itu turut mencipta pencapaian peribadi dengan meraih kasut emas EPL selain dianugerahkan Pemain Terbaik Eropah, Pemain Terbaik FWA dan Pemain Terbaik PFA tahun ini.

Sementara itu, Messi pula hanya berjaya membantu bekas kelas, Paris Saint-Germain (PSG) menjuarai Ligue 1 dengan kejayaan menjulang trofi Piala Dunia 2022 tidak dikira selepas ia dilangsungkan pada 18 Disember lepas.

Selain itu, empat lagi pemain City, Julian Alvarez, Kevin De Bruyne, Rodri, Bernardo Silva dan Ilkay Gundogan (kini bersama Barcelona) selain bekas rakan sepasukan Messi di PSG, Kylian Mbappe turut dicalonkan dalam senarai pendek tersebut.

Paling mengejutkan, pemain tengah Arsenal, Declan Rice menjadi calon kelahiran England tunggal dicalonkan selepas berjaya membantu kelabnya, West Ham menjuarai trofi Liga Konferensi Eropah musim lepas.

Messi telah diiktiraf sebagai pemenang Anugerah The Best edisi 2022 selepas membantu Argentina menjuarai Piala Dunia 2022 di Qatar tahun lalu. – AGENSI

https://www.kosmo.com.my/2023/09/16/messi-haaland-berentap-lagi/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:08 AM GMT+8 , Processed in 0.050292 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list