CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5140|Reply: 0

Doku cetus kebangkitan Man City

[Copy link]
Post time 17-9-2023 11:46 AM | Show all posts |Read mode

Pemain Manchester City, Jeremy Doku meraikan kemenagnan ke atas West Ham dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium London. - Foto AFP

LONDON: Pep Guardiola memuji Jeremy Doku yang menjaringkan gol pertamanya untuk Manchester City dalam kemenangan 3-1 ke atas West Ham di Stadium London.

City bangkit di babak kedua untuk merakam kemenangan yang melonjak kembali mereka ke puncak Liga Perdana Inggeris selepas dipintas seketika oleh Liverpool.

Pemain yang ditandatangani dari Rennes itu meledak gol selepas 44 saat babak kedua bersambung, mengimbangi gol pembukaan West Ham hasil jaringan James Ward-Prowse.

Bernardo Silva meletakkan City 2-1 di depan sebelum gol ketujuh Erling Haaland musim ini memastikan kemenangan kelima berturut-turut pasukannya dalam kempen kali ini.


Ia juga adalah kemenangan pertama buat Guardiola sejak kembali berada di tepi padang selepas menjalani pembedahan belakangnya.

Doku, 21, memulakan permainan selepas Jack Grealish tidak dapat beraksi akibat kecederaan.

"Saya tidak menjangkakan yang dia beraksi begini pada perlawanan keduanya. Pada perlawanan pertamanya, saya dapat rasakan yang dia masih malu-malu.

"Apabila anda membeli pemain muda sepertinya, anda perlu bersabar untuk tempoh empat hingga lima tahun. Kita tidak boleh meletakkan harapan terlalu tinggi.

"Perlawanan pertamanya menentang Fulham tidak seberapa. Ia biasa sahaja. Dia baru tiba, berlatih hanya dua atau tiga hari dengan pasukan yang memenangi treble.

"Tetapi kali ini berbeza. Ia lebih bagus. Ada beberapa aspek positif, masih banyak dia perlu belajar. Semua pemain perlu menjadi diri sendiri," kata Guardiola berkenaan penampilan Doku.

Doku mengakui dia masih malu-malu pada perlawanan pertama tetapi berjaya mengatasinya selepas diberi nasihat oleh Guardiola.

"Dia mengatakan yang saya masih malu-malu ketika perlawanan pertama, tetapi sekarang tidak lagi.

"Gol ini sangat bermakna, terutama selepas mereka mendapat gol. Saya mahu membantu pasukan yang amat saya banggakan," kata Doku. - AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... ebangkitan-man-city
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:47 PM GMT+8 , Processed in 0.186290 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list