CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3430|Reply: 0

[Selangor] Nur Shafina Maisarah sudah ditemui semalam

[Copy link]
Post time 17-9-2023 01:49 PM | Show all posts |Read mode


ASISTEN Komisioner Mohd Zaid Hassan. FOTO arkib NSTP

Kajang: Pelajar Tingkatan Tiga yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Batu 20 1/4, Kampung Padang, di sini, pada 13 September lalu, sudah ditemui semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, remaja berusia 15 tahun itu ditemui selamat di kawasan Semenyih, di sini.

"Berdasarkan siasatan, punca remaja terbabit keluar dari rumah kerana berlaku perselisihan faham dengan keluarga," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Harian Metro pada Jumaat lalu melaporkan, Nur Shafina Maisarah Abdullah dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Batu 20 1/4, Kampung Padang.

Polis menerima laporan daripada ibunya yang juga suri rumah berusia 34 tahun jam 10.40 pagi, Khamis.

Mohd Zaid dilaporkan berkata, siasatan dilakukan mendapati kali terakhir remaja itu dilihat oleh ibunya jam 6.15 pagi ketika keluar rumah menaiki bas untuk ke sekolah dengan berpakaian sukan.

"Saksi yang juga rakan sekolahnya ada melihat remaja berkenaan turun dari bas tetapi dia tidak masuk ke kawasan sekolah.

"Difahamkan remaja terbabit tidak mempunyai sebarang masalah dengan keluarga sebelum ini. Pengadu cuba hubungi telefon bimbit anaknya, namun panggilan tidak dijawab," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... dah-ditemui-semalam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 02:13 AM GMT+8 , Processed in 0.034784 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list