View: 2920|Reply: 0
|
[Wilayah Persekutuan]
Elak bermain politik, rakyat mahu tumpukan pembangunan, bantuan
[Copy link]
|
|

RAKYAT mahu tumpuan pembangunan.
Kuala Lumpur: Rakyat di negara ini sudah semakin muak dengan ketidakstabilan politik hingga menyebabkan perpecahan tercetus akibat segelintir ahli politik tidak bertanggungjawab.
Apa dibimbangkan adalah jika ahli politik terlalu banyak bermain sentimen atau berpolitik sahaja akan menyebabkan pembangunan negara dan usaha membantu rakyat terganggu.
Pesara komando Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang juga anggota elit Skuad Handau Sarjan (B) Mustafar Albakri Atan, 63, berkata, mana-mana pemimpin sudah dipilih sepatutnya mengotakan janji kepada rakyat selepas habis pilihan raya.
"Mana-mana pemimpin blok tidak kiralah sama ada pembangkang atau kerajaan, jangan kita pandang politik sahaja hingga lupa janji kepada rakyat.
"Apabila yang sudah dijanjikan, rakyat nak tuntut janji ditunaikan janji itu. Sebabnya apabila pemimpin lupa janji, kebangkitan rakyat akan terjadi," katanya ketika ditemui semasa tinjauan Harian Metro di Dataran Merdeka di sini, hari ini.
Beliau berkata, bagi pihak kerajaan khususnya Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengilhamkan Malaysia Madani, kerja keras perlu dilaksanakan untuk membangunkan semula ekonomi Malaysia ke tahap hebat boleh dicapai jika kestabilan politik diutamakan semua pihak.
Sementara itu, K Chujithra, 23, pula berpandangan bahawa semua pihak perlu akui bahawa Malaysia ketika ini diterajui Anwar sebagai Perdana Menteri yang baharu selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
"Sebelum ini kita sudah bertukar ganti beberapa Perdana Menteri dalam tempoh singkat sehingga era pandemik Covid-19 yang meletihkan.
"Setakat ini, prestasi Perdana Menteri kita, setiap langkah yang dia buat dan inisiatifnya memang bagus, sebagai pelajar saya rasa okay.
"Jadi kita berharap ada lebih banyak perkara yang baik untuk pelajar dan semua rakyat umumnya termasuk warga emas," katanya yang masih belajar dalam Ijazah Sarjana Muda Drama dan Teater di Universiti Malaysia Sarawak (Unimas).
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... pembangunan-bantuan |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|