CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2198|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Kesalahan halangan lalu lintas rekodkan saman tertinggi - JPST

[Copy link]
Post time 18-9-2023 10:01 AM | Show all posts |Read mode

ANGGOTA polis trafik menjalankan pemeriksaan dalam Op HUU Polis Kuala Lumpur di sekitar ibu negara, semalam.

Kuala Lumpur: Kesalahan halangan lalu lintas merekodkan jumlah saman paling tinggi dikeluarkan dalam Operasi Hormat Undang-Undang Jalan Raya (HUU) Polis Kuala Lumpur, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, 5,953 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dalam operasi itu yang memasuki hari ketiga perlaksanaannya, semalam.

"Kesalahan paling tinggi direkodkan dalam operasi semalam adalah halangan lalu lintas dengan 4,637 saman dikeluarkan diikuti kesalahan lain-lain (927 saman) dan kenderaan di laluan pejalan kaki atau garisan putih (203 saman).

"Jumlah saman dikeluarkan itu juga membabitkan kesalahan tiada lesen memandu bagi individu tempatan (106 saman), jalan semasa lampu isyarat merah (41 saman), ubah suai nombor pendaftaran (20 saman), berhenti di petak kuning (5 saman) dan tiada lesen memandu warga asing (empat saman)," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sarifudin berkata, tiada sitaan dibuat dalam operasi berkenaan, semalam.

"Kita menahan 11 individu atas pelbagai kesalahan mengikut termasuk mabuk, menjalankan operasi parkir haram, memiliki kenderaan curi serta kes dadah.

"Seramai 40 pegawai serta 664 anggota trafik terbabit dalam 16 operasi dijalankan di sekitar ibu kota, semalam.

"Antara operasi yang dijalankan adalah Op Utama (had laju/LSD/ lampu isyarat merah); Op Motosikal; Op Samseng Jalanan; Op Parkir Haram; Op Mabuk; Op Khas; Op Pelbagai dan Op Halangan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... aman-tertinggi-jpst
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 02:04 AM GMT+8 , Processed in 0.045874 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list