CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5830|Reply: 12

Gadis Terpinga-Pinga Tiba-Tiba Kena Marah Dengan Makcik "Dia Cakap Muka Aku Kurang Ajar, Berlagak Dan Tak Hormat Orang"

  [Copy link]
Post time 21-9-2023 02:45 PM | Show all posts |Read mode
Seorang gadis terkejut apabila dimarahi wanita berusia di sebuah terminal bas di Kuala Lumpur.


“Aku pernah kena maki dengan seorang makcik kat tempat awam sebab muka aku. Makcik tu bukan hina rupa paras aku, tapi dia maki sebab dia kata muka aku berlagak, kurang ajar.


“Padahal aku tak tegur pun makcik tu, tak cakap apa pun dengan dia. Dan aku tak rasa pun pandang dia, entah dari mana tiba-tiba datang kat aku,” luahnya.


Gambar Hiasan




Mengulas lanjut, dia ketika itu sedang memandang keadaan sekeliling sewaktu bersama-sama penumpang lain sebelum menaiki bas untuk pulang ke Johor.


Namun dia yang bersendirian tidak menyangka riak wajahnya ketika termenung menjadi perhatian wanita berkenaan.


“Masa aku tengah termenung, ada seorang makcik datang kat aku dan cakap ‘Dik, awak jangan kurang ajar sangat, boleh tak?


“Aku terkejut kenapa makcik ni nak marah-marah. Aku tanya, kurang ajar? Dia jawab dengan marah, Tanya-tanya pula. Kau tengoklah muka kau tu macam mana, pandang tak puas hati!” ujarnya mengimbas kembali insiden itu.


Kemarahan wanita itu membuatkan dia berada dalam keadaan terpinga-pinga, buntu apakah kesalahan besar yang dilakukannya sehingga dimaki sebegitu di khalayak ramai.


“Aku tengah termenung, baru lepas tengok telefon bimbit tiba-tiba ada orang datang sergah dan cakap kau kurang ajar. Kau tak ada buat apa-apa sebab dia kata muka kau macam kurang ajar,” katanya.


Bagi mendapat kepastian, dia bertanya secara baik kepada wanita itu tentang apakah yang berlaku sebenarnya sehingga membangkitkan kemarahannya.


Makcik itu kemudian mengiyakan apabila ditanya sama ada dia memandang wanita itu atau tidak.


Dalam rakaman berdurasi hampir empat minit itu, gadis tersebut melakonkan semula aksi bagi menunjukkan riak wajahnya ketika memandang sekeliling secara spontan.


Dengan wajahnya yang bersahaja, dia menoleh kanan dan kiri tanpa merenung sesiapa.


“Sepanjang makcik tu menjerit-jerit kat aku... aku tak tahu nak cakap apa dan biarkan dia habis bercakap. Dia cakap muka aku kurang ajar, berlagak dan tak hormat orang.


“Aku tak ada mood nak bergaduh dan tak ada salah apa-apa. Kalau nak gaduh pun tak guna,” katanya dengan nada yang menjengkelkan.


Namun, ia tidak berakhir di situ apabila makcik tersebut terus memperlekehkannya.


“Makcik tu kata Harap muka je cantik, tapi perangai kurang ajar. Aku terus pergi dan memikirkan apakah ‘kesalahan’ aku yang sebenarnya sedang aku tak ada salah apa-apa.


“Aku sedar kadang-kadang sukar untuk didekati. Apabila bercakap dengan orang, aku kena buka mata besar sikit untuk nampak aku interested dalam perbualan.


“Kalau aku bercakap dengan muka biasa, orang kata nampak macam berlagak. Kesimpulannya, kena hormat-menghormati. Aku buat peace je,” ujarnya menerusi video yang meraih sejuta tontonan. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2023 03:13 PM | Show all posts
apa benda ni
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2023 03:17 PM | Show all posts
content..
kalau betul wujud maybe makcik tu psiko
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2023 03:56 PM | Show all posts
Makcik tu gila isim
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2023 05:21 PM | Show all posts
husnudzon makcik tu baru dimadukan takde tempat nak luahkan
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2023 06:31 PM | Show all posts
cikatilia replied at 21-9-2023 03:17 PM
content..
kalau betul wujud maybe makcik tu psiko

Karennnn, iol prnh nmpk Karen msa iol kat Pasar Larkin thun ni. Awkward plus cringe af, this Chinese guy nak cpat2 naik bas (mungkin trlmbat smpai ke apa) & this guy passed by this mkcik & this guy x buat apa2 pun kat mkcik ni & suddenly this mkcik went berserk & marah2 kat the Chinese guy tpi nsib that guy rilek je, dia cuma ckp "Sya x langgar awak pun, knpa awk nak marah2?" tpi mkcik tu x nak klah, mkin jdi Karen plak & that guy trus blah sbb nak kejar bas dia, baguslh, pdn muka mkcik tu, x padan dgn tongkat jln incut2, rupa2 nya Karen, yikes
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-9-2023 06:39 PM | Show all posts
gideoncross replied at 21-9-2023 10:31 AM
Karennnn, iol prnh nmpk Karen msa iol kat Pasar Larkin thun ni. Awkward plus cringe af, this Chines ...

Penah jugak jumpa Karen kat kawasan air terjun. Iolls tengah temenung duduk atas batu, tiba2 kena marah dgn makcik ni. Cakap iolls pandang2 mcm tak puas hati sheolls berendam dalam sungai tu. Iolls mcm WTF???!!! Kisah plak aku. Macam kawasan air terjun tu bapak sheolls yg punya. Ada sejenis org mcm ni yg perasan kita pandang dia. Padahal kepam sapa je nak tengok kau.

Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2023 06:55 PM | Show all posts
Prickford replied at 21-9-2023 06:39 PM
Penah jugak jumpa Karen kat kawasan air terjun. Iolls tengah temenung duduk atas batu, tiba2 kena  ...

Ha'ah, yg ni btul, kita x tngok dia pun tpi dia punya prasan, lebih dri sgla2 nya, mluat je tngok org cmni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2023 08:17 PM From the mobile phone | Show all posts
esbok: apa benda ni

Nak kabo..dia cantik..tu jer isinya.
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2023 12:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Atau..... makcik tu nampak something? Terbuka hijabnya kah?
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2023 08:39 AM From the mobile phone | Show all posts
hasanah sgt.
nak highlight mokcik tu kata, *harap muka je cantik*
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2023 12:52 PM From the mobile phone | Show all posts
gideoncross replied at 21-9-2023 06:31 PM
Karennnn, iol prnh nmpk Karen msa iol kat Pasar Larkin thun ni. Awkward plus cringe af, this Chines ...

Rasa kalau ada species karen gini kne standy spray pewangi fabrizz ke. Dah la ugly busuk pulerrr.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2023 12:09 AM | Show all posts
nebbit replied at 15-10-2023 12:52 PM
Rasa kalau ada species karen gini kne standy spray pewangi fabrizz ke. Dah la ugly busuk pulerrr.

Spray Febreze tu baik sngt, pkai Ridsect bagus sbb species ni bising nak mmpus mcm lalat or langau.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 11:00 PM GMT+8 , Processed in 0.857833 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list