View: 3154|Reply: 3
|
Wanita Dibelasah Teruk Dan Dibogelkan, Kena Paksa Minum Air Kencing Angkara Suami Tak Langsai Hutang
[Copy link]
|
|
Kejam! Seorang wanita dibelasah dan dibogelkan kerana enggan membayar faedah tambahan atas pinjaman yang diambil suaminya daripada individu berpengaruh di kampung mereka.
Anak lelaki kepada individu tersebut juga dipercayai telah membuang air kecil ke dalam mulut wanita berkenaan.
Menurut Penguasa Kanan Polis Patna, Rajeev Mishra, suami wanita tersebut telah meminjam Rs1,500 (RM84.57) daripada Pramod Singh yang menetap di Kampung Mosimpur di daerah Patna, India.
Difahamkan, pasangan itu telah pun membayar kesemua hutang mereka, bagaimanapun, Pramod telah menuntut faedah tambahan ke atas pinjaman itu.
Apabila pasangan itu enggan menurut permintaannya, Pramod, anaknya yang bernama Anshu bersama empat orang pembantu mereka bertindak menyerang wanita tersebut.
Wanita itu mendakwa kesemua suspek memaksanya untuk mengikut mereka pada Sabtu malam ketika dia berada di luar rumah.
Suspek kemudian membelasahnya dengan kayu dan membogelkannya di tempat terpencil di kampung itu, namun mangsa berjaya melarikan diri.
Menurut salah seorang ahli keluarga mangsa, mereka keluar mencari wanita berkenaan sekitar tengah malam dan mendapati dia berlari ke arah rumah dalam keadaan bogel.
Wanita itu mengalami kecederaan serius di kepala dan sedang dirawat di hospital.
Laporan telah dibuat dan polis sedang memperhebatkan operasi memburu keenam-enam suspek tersebut.
"Kami telah membentuk lima pasukan polis dan carian sedang dijalankan. Satu kes telah pun didaftarkan dalam hal ini dan siasatan lanjut sedang dijalankan," kata Rajeev Mishra. — CARI
Sumber: Majoriti
|
|
|
|
|
|
|
|
Kena minum air kencing ni sama sit-up dalam drama series 1million dollar voice |
|
|
|
|
|
|
|
india kakau bab2 ni mmg jagoh |
|
|
|
|
|
|
| |
|