CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 7519|Reply: 75

Bunuh Dan Bakar Kekasih Hamil: Permohonan Rujuk Psikiatri Ditolak

[Copy link]
Post time 26-9-2023 02:46 PM | Show all posts |Read mode
SABAK BERNAM –  Mahkamah Majistret Sungai Besar menolak permohonan seorang pemuda yang didakwa membunuh kekasih hamilnya pada Mei lalu supaya merujuk kes itu kepada hospital psikiatri.


Majistret Siti Hajar Ali menegaskan keputusan itu diambil selepas meneliti permohonan dibuat Peguam Muhammad Nor Tamrin yang mewakili tertuduh, Muhammad Fakrul Aiman Sajali, 20, pada 3 Ogos lalu.


Foto: Kosmo




Permohonan itu dibuat dengan mengambil kira faktor ‘natural case’ yang didakwa dilakukan anak guamnya dan keterangan terbaharu berkaitan keadaan mental.


“Selepas menelitinya mengikut peruntukan 342 Kanun Tatacara Jenayah, mahkamah berpendapat permohonan itu hendaklah diputuskan Hakim Mahkamah Tinggi.


“Penolakan permohonan di peringkat ini juga tidak akan memprejudiskan hak tertuduh yang boleh diwakili peguam peguam bela dalam setiap masa,” katanya.


Jelas Siti Hajar, pihak pembelaan boleh membuat permohonan itu pada bila-bila masa di Mahkamah Tiggi yang akan menjalankan perbicaraan kes itu kelak.


Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Afiq Qiwamuddin Mustapha Shakri memohon tempoh bagi menyediakan laporan kes berkenaan dan sebutan semula kes kemudiannya ditetapkan pada 7 November depan.


Terdahulu, Muhammad Fakrul Aiman yang berbaju T putih dan berkaca mata kelihatan sugul ketika dibawa anggota polis ke mahkamah itu, kira-kira pukul 10.15 pagi tadi.


Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan kesalahan bunuh terhadap seorang wanita berusia 21 tahun di Jalan Sungai Limau, Sungai Besar di sini, kira-kira pukul 8.30 malam 22 Mei sehingga pukul 8 pagi 23 Mei lalu.


Justeru, tertuduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.


Kosmo! pada 24 Mei lalu melaporkan seorang lelaki diibaratkan dirasuk syaitan apabila bertindak kejam membunuh dan membakar teman wanitanya.


Tindakan tidak berperikemanusiaan itu dilakukan suspek sebanyak dua kali selepas berlaku perselisihan faham berkaitan menyembunyikan kehamilan luar nikah mangsa.


Selain memukul dan menoreh perut pelayan restoran itu, suspek dipercayai turut sempat membeli minyak petrol di stesen minyak untuk membakar mangsa. – CARI


Sumber: Kosmo

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2023 02:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Amboi senang nya nak claim diri gila... semoga kau mati di tali gantung
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2023 02:54 PM | Show all posts
semoga sempat bertaubat dik...302 dalam tgn dah. rasanya dah jelas bukti tu.

Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2023 02:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Mesti gf babi dan bakal mak mentua tak jadi tersenguk hiba tengok gamba ni.
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2023 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Takleh ke Tuhan kasik cash hidup dibayangi hantu gf, hantu anak dia berhalusinasi 24 jam nampak penampakan meka kat memana? Takleh ke?
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2023 03:01 PM | Show all posts
semoga kau mati..bongok bunuh dua nyawa


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-9-2023 03:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Dan dan tu nk claim gila.....

Remaja skrg menakutkn....
Ntah apa yg dimakan sampai jd lebih kejam dari binatang.....
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2023 03:12 PM | Show all posts
lps bunuh..kerat2 org..nk gila... mmg gila la laki camni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2023 03:23 PM | Show all posts
gf & bakal mak mertua tak up status dah ke pasal bakal laki/menantu kesayangan diorg nih?
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2023 03:27 PM | Show all posts
semoga mendapat balasan yang setimpal
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2023 03:31 PM | Show all posts
tanak kecam sbb diri sendiri pon ada anak lelaki. mencabarnya nk membesarkan budak skrg.. depan kita punya la pijak semut tak mati. harap dijauhkan dari keturunan mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2023 03:33 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 26-9-2023 02:57 PM
Takleh ke Tuhan kasik cash hidup dibayangi hantu gf, hantu anak dia berhalusinasi 24 jam nampak pena ...


hang ni..banyak sgt nengok citer seram thai....
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2023 03:34 PM | Show all posts
Semoga di beri Allah kesempatan utk bertaubat
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2023 03:35 PM From the mobile phone | Show all posts
liv_tyler replied at 26-9-2023 03:34 PM
Semoga di beri Allah kesempatan utk bertaubat

........dan 'terhapusla'....segala dosa2nya.......
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2023 04:03 PM From the mobile phone | Show all posts
gambar tu sekali imbas tengok macam ada pakai bra hitam. adoi dah kenapa mataku...

masa cuti sekolah ada pegi sg besar ... first time dlm hidup i masuk area tu.. Ampunnn nobito jgn marahhh i tak kenal sg besar...

ada highway pegi utara... i lalu wce sampai jitra.. asek asek tol . asek asek tol. tapi ok la jalan elok. tol pun tol lah
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2023 04:05 PM From the mobile phone | Show all posts
terigt ada org bagi petua kena jilat telan sikit darah mangsa bunuh kalau tak nanti kena kacau (badi) entah ye ke petua tu ..  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2023 04:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Helok juga budak ni sebenarnya, sayang je helok2 rupanya gila.. hanya org gila je membunuh
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2023 04:08 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 26-9-2023 02:57 PM
Takleh ke Tuhan kasik cash hidup dibayangi hantu gf, hantu anak dia berhalusinasi 24 jam nampak pena ...

Mana kita tauu.. dlm penjara menjerit jerit nmpk itu ini.. mai mhkmh pun kata sugul.. aku baca ameng spring duk penjara dia tak tau hari siang ke malam.. tak mereng ke depa yg kena jail dlm serahun dua tuu
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2023 04:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Atata replied at 26-9-2023 04:06 PM
Helok juga budak ni sebenarnya, sayang je helok2 rupanya gila.. hanya org gila je membunuh

Kes ni mmg pgjjrn pd mak pakk.. pls jaga anak elok elok.. dah jd mcm nii.. abiss
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2023 04:09 PM | Show all posts
dia tak gila.. kalau gila x kan laa bleh plan gitu..

yg gila org yg membela budak nih... haish
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 05:22 AM GMT+8 , Processed in 0.050436 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list