CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1873|Reply: 21

Purata Gaji Bulanan Rakyat Malaysia Meningkat Kepada RM3,212 Pada 2022

[Copy link]
Post time 27-9-2023 04:16 PM | Show all posts |Read mode
PUTRAJAYA- Naik RM3,212 berbanding RM3,037 pada 2021, purata gaji dan upah bulanan yang diterima rakyat Malaysia pada 2022 dilaporkan meningkat sebanyak 5.8 peratus.


Statisitik yang disusun Jabatan Perangkaan Malaysia turut melaporkan penengah gaji dan upah bulanan mencapai RM2,424 pada tahun lalu berbanding RM2,520 pada 2021.


Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, daripada 15.39 penduduk bekerja pada 2022, jumlah pekerja sepenuh masa yang dibayar gaji dan upah dalam kalangan rakyat Malaysia adalah sebanyak 9.95 juta orang.


Foto: Kosmo




“Pada tahun 2022, ekonomi global berdepan cabaran yang ketara termasuk gangguan rantaian bekalan, lonjakan harga komoditi, krisis tenaga dan kadar inflasi yang tinggi sebelum menyederhana pada suku tahun keempat 2022.


“Walaupun berdepan krisis ini, Malaysia mencatatkan peningkatan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) yang memberangsangkan dengan kenaikan sebanyak 8.7 peratus didorong oleh prestasi kukuh dalam sektor perkhidmatan serta pembuatan yang menyumbang sebanyak 82.4 peratus,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.


Jelasnya, fasa peralihan ke endemik, pembukaan semula sempadan antarabangsa dan peningkatan dalam industri pelancongan telah mewujudkan lebih banyak permintaan buruh dalam pasaran.


“Kerajaan Malaysia telah meningkatkan paras gaji minimum kepada RM1,500 bermula Mei 2022 yang mewartakan gaji bulanan sebanyak RM1,500 untuk pekerja di semua sektor sebagai langkah yang dijangka akan meningkatkan paras gaji dan upah secara keseluruhan.


“Justeru, peningkatan penengah gaji dan upah bulanan diterima rakyat pada tahun 2022 meningkat sebanyak 7.7 peratus kepada RM2,424.


“Keadaan ini menunjukkan 50 peratus daripada pekerja warganegara sepenuh masa menerima gaji dan upah sebanyak RM2,424 dan ke bawah,” jelasnya. – CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2023 04:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Maka iPhone 15 Pro Max berharga RM6424
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2023 04:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Itupun ada yang berkira harga sos cili RM10
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2023 04:21 PM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 27-9-2023 04:20 PM
Itupun ada yang berkira harga sos cili RM10

memangla kena 'kira'la...igt ada tanam cili ke blakang kedai...
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2023 05:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Manakala indeks harga makanan naik mendadak namampos lebih tinggi daripada kadar kenaikan gaji rakyat marhaen khennnn
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2023 06:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Lepas nii.. harga beras turun kerr...? Tanya jerr ponn
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-9-2023 09:17 PM | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 27-9-2023 04:19 PM
Maka iPhone 15 Pro Max berharga RM6424

yaaa ka? baik meols beli kat londong ni.. murrr lagi kuttt

iPhone 15 prices in the U.K.:128GB: £799 / 256GB: £899 / 512GB: £1,099
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2023 09:53 PM From the mobile phone | Show all posts
antikorok: Manakala indeks harga makanan  ...


Cara walanon tutup inflasi dia orang ambil average purata inflasi. Realiti harga barang makanan  terus meningkat

Beras xde. Roti gardenia naik harga. Fikir raja formula ada formula terbaik bantu rakyat rupanya kencing rakyat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2023 10:15 PM From the mobile phone | Show all posts
jiwasemangat replied at 27-9-2023 06:00 PM
Lepas nii.. harga beras turun kerr...? Tanya jerr ponn

Shhhhhhh! Bagi la nuart & lapiji umum tahun 2027 kempen pru 16.....

.....menang hari ini, esok beras turun rega
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2023 09:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Bercukurlah, Malaysia sekarang sudah menjadi negara berpendapatan tinggi
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2023 09:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Hamdalah ko naik gaji!! Ahaks
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2023 10:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Kereta mahal byk di atas jalan raya taw
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2023 12:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Average tu basic je atau dah masuk allowance
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2023 12:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by arnauld at 28-9-2023 12:39 PM

Statisitik yang disusun Jabatan Perangkaan Malaysia turut melaporkan penengah gaji dan upah bulanan mencapai RM2,424 pada tahun lalu berbanding RM2,520 pada 2021" median gaji menurun tu...2021 rm2520 -> 2022 rm2424!!! Gaji tak leh tgk mean sbb dia bknnya normal distribution, kalau distribution tu assymetrical mean tak memberi gambaran yg betul. Maksudnya mean boleh naik kalau ada satu dua org yg gajinya melampau tinggi. median memberi gambaran yg lebih tepat. Bank negara pun guna median when it comes to income distribution. Patutla rakyat rasa makin miskin.
Patutnya dosm tak yah report mean gaji, dan perkataan "mencapai" rm2424 tu seolah2 cover line penurunan median gaji so jgn tertipu
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2023 08:25 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 27-9-2023 09:53 PM
Cara walanon tutup inflasi dia orang ambil average purata inflasi. Realiti harga barang makanan  t ...

Dari zaman tok nadok lagi org kira inflasi mcm tu. Hg baru hidup ka? Sedih betul.
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2023 08:33 PM From the mobile phone | Show all posts
arnauld replied at 28-9-2023 12:32 PM
Statisitik yang disusun Jabatan Perangkaan Malaysia turut melaporkan penengah gaji dan upah bulanan  ...

Indeed. Lagi satu bila mean > median, maksudnya normal distribution akan skewed to the right, indicates a concentration toward lower values.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2023 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Unfortunately report tu mcm salah. Kat paper lain median 2021 was rm2250 bknnya rm2520. So kalau rm2250 mmg ada increase berbanding median 22 rm2424.
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2023 08:08 AM | Show all posts
bila kira purata mmg meningkat lah(as a general satu msia)
tapi jika diperincikan adalah outliers pendapatan terlalu tinggi dan terlalu rendah.
semua dari kerja dan usaha msg2 lah, kemon lah, warga asing ramai je jadi kaya hidup kt mesia ni.
bangkitlah wahai warga mesia oi..
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2023 08:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Hooray bakal lengang causeway spore/malaysia....dah tak perlu kesana bekerja....rakyat kita
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2023 08:33 AM From the mobile phone | Show all posts
sayurmayur88 replied at 29-9-2023 08:08 AM
bila kira purata mmg meningkat lah(as a general satu msia)
tapi jika diperincikan adalah outliers pe ...

Kalo mereka jadi kayo bukan kerana usaha mereka yg sanggup korbankhen kebersamaan keluarga yg berjauhan? Contoh....@Dwdrums kita yg demi mencari sesuap nasi sanggup tinggalkheun semua anak anak...laki bewakking ...dan tiap hari nanges dlm telan ditepi bucu jendela?

Ko ghaser?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 09:58 AM GMT+8 , Processed in 0.443429 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list