View: 9101|Reply: 0
|
Saya tak boleh pegang sudu atau pen - Shazrin
[Copy link]
|
|
Atlet pelayaran negara, Nur Shazrin Mohamad Latif menangis kegembiraan ketika ditemuramah media Malaysia selepas memenangi pingat emas pertama negara di Sukan Asia Hangzhou 2022 dalam acara ILCA 6 wanita, di Tasik Dongqian. - BERNAMA
HANGZHOU: Penyumbang pingat emas pertama negara dalam acara pelayaran di temasya Sukan Asia, Hangzhou, Nur Shazrin Latif perlu melalui jalan penuh liku sebelum berjaya menjelmakan pingat itu buat negara.
Dia berdepan cabaran getir apabila mengalami kecederaan di tangan kanannya sehingga memerlukan rawatan intensif bagi membolehkan dia beraksi di temasya kali ini.
Ia bukan kecederaan ringan malah jika dia mengabaikan kecederaan itu, pelayar kelahiran Langkawi itu mungkin tidak boleh menggunakan tangan kanannya.
Berkongsi kecederaannya itu, Shazrin mengakui bahawa dia melalui tahun yang cukup perit sebelum ke temasya Sukan Asia apabila mengalami kecederaan ligamen di ibu jari dan tisu koyak di tangan kanannya.
Akibat kecederaannya itu, Shazrin yang juga penyumbang pingat gangsa di Sukan Asia Jakarta-Palembang, tidak dapat memegang sudu atau pen.
"Kecederaan yang saya alami itu menyebabkan tangan saya jadi tak kuat. Saya tak boleh pegang sudu atau pen.
"Tangan saya menggigil. Ia macam masalah saraf. Doktor dah pesan, saya kena berhati-hati jika tidak, saya tak boleh guna tangan kanan saya lagi," katanya yang berpeluang menjalani latihan di China sebelum beraksi di Hangzhou yang sedikit sebanyak membantunya mengekalkan momentum dan membaca aliran angin di sini.
Mujur sepanjang dia beraksi di temasya Sukan Asia kali ini, kecederaan itu tidak mengganggunya namun ada kalanya ia terasa sakit namun segala pengorbanannya itu berbaloi apabila berjaya melayakkan diri ke temasya Olimpik Paris secara merit sebagai juara Asia.
Kata Shazrin, hingga kini dia masih lagi memerlukan rawatan susulan di Institut Sukan Negara di bahawa pemerhatian Prof Dr Mohamad Shariff A Hamid.
Skuad pelayaran negara menutup kempen pada temasya kali ini dengan kejayaan meraih satu emas dan dua gangsa.
Namun pada temasya terdahulu di Palembang-Jakarta, pelayar negara menghadiahkan satu emas, satu perak dan tiga gangsa.
https://www.bharian.com.my/sukan ... du-atau-pen-shazrin |
|
|
|
|
|
|
| |
|