View: 2171|Reply: 9
|
6 Tahun Bapa Tak Balik, Tiba-Tiba Muncul Lepas Cerai- Tergamak Nak Jual Rumah Harga Tinggi Sampai Tak Mengaku Anak
[Copy link]
|
|
Seorang anak menyuarakan kekecewaannya di laman sosial mengenai bapanya yang tak bertanggungjawab.
"Ayah saya dah hampir enam tahun tak balik rumah. Dengarnya dah kahwin lain, tak sangka laku rupanya orang tua tu. Sejak dia tak ada, saya yang tanggung keluarga memandangkan ibu tak kerja dan adik semua masih bersekolah.
Gambar Hiasan
"Saya memang dah bertahun api-apikan ibu untuk minta fasakh, akhirnya satu hari tu dia buat juga. Fasakh ni maksudnya kalau ayah saya tak ada pun, mahkamah boleh jatuhkan talak.
"Masalahnya, apabila ayah tahu dia dengan ibu dah bercerai, dia terus menggelupur datang balik rumah. Saya macam terdetik, tahu juga pakcik ni jalan balik rumah. Tapi ada sebab rupanya dia balik," katanya.
Menurut pemuda berkenaan, bapanya hanya pulang semula ke rumah kerana memikirkan harta yang ditinggalkan.
"Dia balik sebab takut ibu saya dapat hak rumah yang kami duduk sekarang. Dia nak cuba bincang secara baik untuk jual rumah tu pada saya.
"Bukannya nak bagi terus walaupun kami ni darah daging dia. Sejak ayah lesap dari keluarga kami, memang saya yang bayar rumah tu.
"Jadi, saya setuju nak beli rumah tu daripada dia, nampak la saya berduit kan. Tapi itulah, dia nak jual rumah dengan harga mahal siap suruh saya buat pinjaman peribadi yang tak masuk akal," ujarnya.
Gara-gara sikap bapa kandung yang tidak berhati perut, kedua-dua mereka bergaduh besar.
"Saya dengan ayah berbalah dalam telefon sampai dia cakap dia terasa hati dengan saya. Dia siap cakap pada semua adik-beradik yang dia tak mengaku saya sebagai anak.
"Saya tak kisah pun kalau dia dah tak mengaku saya sebagai anak dia, cukuplah saya ada kasih sayang ibu. Saya harap semoga dengan doa ibu, saya yang anak derhaka di mata bapa ni dapat masuk syurga," katanya lagi.
Di ruangan lomen rata-rata warga maya menyokong tindakan anak itu memutuskan hubungan dengan bapanya.
"Kalau saya jadi awak, saya nak rumah tu percuma je, failkan nafkah tertunggak enam tahun, sebab sepanjang masa tu awak yang tanggung keluarga dengan duit awak sendiri.
"Ayah saya pun buat benda sama, baru-baru ni dia temankan ibu pergi ke mahkamah untuk proses penceraian. Tapi sempat lagi waktu tu dia tanya tentang simpanan ibu di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
"Cepat pergi buat segala tuntutan, bagi dia bergolek terus ke liang lahad nak bayar," kata sebahagian warga maya. -CARI
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
Bosan aku dengo duit duit duit duitt.. satu ayat utk bpk cenggini.. ko jd babii aje laa... senang |
|
|
|
|
|
|
|
Scammer toxic ka dlm family mmg susah elak melainkan pindah jauh2 |
|
|
|
|
|
|
|
Money is the root of all evil |
|
|
|
|
|
|
|
Jgn nanti 10-20thn lg bapak dia plot twist.. anak2 x melawat dia,x ambik tau hidup merempat tido merata tempat kuar bersama my tv3 |
|
|
|
|
|
|
|
Actually, the love of money is the root of evil but not the root of all evil.
|
|
|
|
|
|
|
|
30 tahun lagi jd mcm tu la,nt org akan tanya, pakcik ni xde anak2 ke hahahaha
|
|
|
|
|
|
|
|
Sama kes atok sedara aku. Muda sibuk dgn bini muda. Dah tua baru cari anak2 bini tua. Nasib baik anak2 melayan baik walaupun dlm hati menyumpah (agaknya laa) . Siap bagi duit belanja bulanan sampai hujung nyawa. |
|
|
|
|
|
|
|
copy_paste replied at 3-10-2023 08:59 AM
30 tahun lagi jd mcm tu la,nt org akan tanya, pakcik ni xde anak2 ke hahahaha
Tu laa.. sakit ati kan..Kita yg bc jd emosi |
|
|
|
|
|
|
|
sakit hati baca perangai bapak mcm ni.
harap harap anak anak kita takde perangai mcm ni. |
|
|
|
|
|
|
| |
|