CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3443|Reply: 0

Isteri Jota anggap pengadil 'badut'

[Copy link]
Post time 3-10-2023 04:38 PM | Show all posts |Read mode

Isteri Diogo Jota, Rute Cardoso (kanan) mengutuk keputusan pengadil perlawanan Tottenham-Liverpool di London hujung minggu lalu. – Foto liverpoolfc.com

LONDON: Isteri Diogo Jota, Rute Cardoso mengutuk pegawai perlawanan Liga Perdana Inggeris kerana "mencemari" keputusan perlawanan antara Liverpool dan Tottenham.

Cardoso marah terhadap pengadil Simon Hooper dan PGMOL kerana membuang padang Jota berikutan kesalahan dua kad kuning dalam tempoh dua minit menentang Spurs, yang memenangi pertembungan kontroversi itu 2-1 menerusi gol sendiri Joel Matip pada masa kecederaan.

Dia juga bengang dengan kad merah dilayangkan kepada Curtis Jones dan hakikat Liverpool dinafikan gol yang sepatutnya selepas Luis Diaz dipersalahkan kerana ofsaid.

Cardoso menggunakan media sosial untuk mengecam Hooper dan PGMOL kerana keputusan mereka Sabtu lalu, yang mencetus kenyataan keras Liverpool sekali gus menyebabkan kedua-dua pegawai VAR disingkirkan daripada perlawanan akan datang.



Dia berkongsi video kekasaran pertama Jota terhadap Destiny Udogie dengan emoji badut dan kenyataan PGMOL dengan perkataan 'rigged game'.

Jota, yang dimasukkan selepas rehat oleh Jurgen Klopp, kali pertama dilayangkan kad kuning pada minit ke-68 selepas menjatuhkan Udogie dari belakang ketika dia cuba mengekang serangan balas Spurs. – AGENSI

https://www.bharian.com.my/sukan ... ggap-pengadil-badut
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 12:36 PM GMT+8 , Processed in 0.135051 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list