CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2349|Reply: 0

Lens bangkit benam Arsenal

[Copy link]
Post time 4-10-2023 10:16 AM | Show all posts |Read mode
Lens bangkit benam Arsenal



PEMAIN Lens (kanan) berpelukan selepas menewaskan Arsenal. FOTO REUTERS


Lens: Arsenal mengalami kekalahan pertama musim ini apabila Lens bangkit untuk menang 2-1 pada aksi Liga Juara-Juara Eropah (UCL), pagi ini, menerusi jaringan cantik babak kedua Elye Wahi.

Gabriel Jesus memastikan permulaan sempurna buat kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu menerusi jaringan pada minit ke-14, sekali gus membuatkan penonton di Stade Bollaert terdiam.

Tetapi, Adrien Thomasson memastikan naib juara Ligue 1 musim lalu itu menyamakan kedudukan dan pelawat terpaksa mengeluarkan Bukayo Saka sebelum rehat akibat kecederaan.

Wahi yang juga penyerang berusia 2- tahun dan mencipta rekod perpindahan Lens apabila menyertai kelab itu pada awal musim ini, menjaringkan gol cantik pada minit ke-69, sekali gus memastikan kemenangan penting itu.

"Saya sangat bangga dengan pemain," kata pengurus Lens, Franck Haise, yang membimbing pasukan itu di divisyen dua pada 2020.

"Menewaskan Arsenal sudah tentu menjadikan antara perlawanan paling memberikan kenangan buat saya di Lens."

Keputusan itu meletakkan mereka di tangga teratas Kumpulan B dengan empat mata, satu mata mengatasi skuad bimbingan Mikel Arteta itu.

Arteta kesal dengan kecederaan dialami Saka sambil menafikan gangguan ketika perjalanan pada Isnin menjejaskan prestasi pasukannya.

"Dia cuba menolak bola menggunakan tumit pada babak pertama dan merasa sesuatu tidak kena dengan ototnya. Dia tidak selesa untuk bermain, jadi terpaksa dikeluarkan," kata pengendali dari Sepanyol itu.

Perjalanan Arsenal ke Perancis terjejas apabila penerbangan dari London tertunda selama lima jam pada Isnin akibat cuaca buruk.

"Tiada alasan," tegas Arteta.

"Pertamanya, tahniah kepada Lens. Saya fikir mereka pasukan yang bagus dan dilatih dengan baik. Kami tahu ia akan menjadi perlawanan yang sukar."

Pada ketika Arsenal kembali ke kempen UCL selepas enam musim terpinggir, Lens tampil ke saingan kelab elit Eropah itu buat kali pertama dalam tempoh 20 tahun.

SumbeR:https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ngkit-benam-arsenal

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 07:28 AM GMT+8 , Processed in 0.057529 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list