CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2836|Reply: 0

Penyokong JDT diserang penyokong BG Pathum

[Copy link]
Post time 4-10-2023 02:07 PM | Show all posts |Read mode
Penyokong JDT diserang penyokong BG Pathum




PENYOKONG JDT diserang penyokong BG Pathum selepas perlawanan malam tadi.



Kuala Lumpur: Selepas kerabat diraja Johor mengalami detik cemas di perkarangan hotel penginapan di Bangkok, Thailand, susulan insiden tembak menembak malam tadi, kumpulan penyokong setia pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) turut berdepan situasi hitam apabila diserang penyokong BG Pathum United selepas berakhirnya aksi antara kedua-dua pasukan, malam tadi.

Penyokong JDT yang digelar 'Boys Of Straits' atau singkatannya 'BOS' diserang oleh sekumpulan penyokong tuan rumah yang tidak dikenali hingga berlakunya insiden tumbuk menumbuk dan balingan mercun.

Berdasarkan satu video yang tular di laman sosial, penyokong JDT sedang berjalan di luar perkarangan Stadium Leo yang juga venue kelab BG Pathum United, namun secara tiba-tiba kumpulan penyokong Harimau Selatan itu diserang.

Dalam aksi terbabit, JDT melakar kemenangan 4-2 mengatasi skuad The Rabbits itu, sekali gus menghadiahkan tiga mata maksimum buat pelawat dalam aksi Kumpulan I saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) itu.

Beberapa jam sebelum sepak mula perlawanan berkenaan, pemilik JDT yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan keluarganya berdepan detik cemas apabila berdepan situasi tegang berhampiran hotel penginapannya.

Ia susulan berlaku insiden tembakan di pusat-belah Siam Paragon Mall yang berhampiran dengan hotel penginapan keluarga TMJ, yang ketika itu sudah berada di lobi untuk berangkat ke venue perlawanan bagi menyaksikan aksi JDT dan BG Pathum United.

Bagaimanapun, Tunku Ismail terpaksa melupakan hasrat menonton aksi itu apabila dibawa terus ke kedutaan bagi melindungi keselamatan keluarganya.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/utama/ ... penyokong-bg-pathum

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 02:20 AM GMT+8 , Processed in 0.101382 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list