CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3801|Reply: 0

[Selangor] Scammer hantar saman RM50, kena bayar dalam 7 hari

[Copy link]
Post time 4-10-2023 04:31 PM | Show all posts |Read mode

TAKTIK baru scammer menyamar sebagai PDRM di email.

PETALING JAYA – Orang ramai diingatkan tidak terpedaya dengan taktik scammer yang menghantar emel saman menggunakan nama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan meletakkan nombor kenderaan palsu untuk memperdaya mangsa.

Emel palsu itu membuatkan mangsa percaya bahawa diri mereka perlu membayar saman sebanyak RM50 dalam masa tujuh hari dan pembayaran perlu dilakukan dengan menekan pautan yang diberikan.

Taktik terbaru ini telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan mangsa yang mungkin menghadapi situasi sebenar dengan PDRM.

“Daripada 100 emel yang dihantar oleh penipu, cukup satu emel sahaja untuk mereka mendapat keuntungan,” kata seorang pengguna media sosial dengan nama @Skywalker8585.

Walaupun begitu, ada juga pendapat berbeza di media sosial yang mengkritik ketidakcekapan taktik ini.

“Terdapat banyak kesalahan tatabahasa dan ejaan dalam emel-emel tersebut. Selain itu, emel daripada kerajaan jarang ditulis dalam bahasa Inggeris,” kata @H4n1my. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2023/10/04/al-sultan-abdullah/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 07:13 AM GMT+8 , Processed in 0.168631 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list