CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2805|Reply: 0

Newcastle belasah PSG 4-1

[Copy link]
Post time 5-10-2023 08:59 AM | Show all posts |Read mode
Newcastle belasah PSG 4-1





BURN (tengah) menanduk masuk gol kedua Newcastle ketika menewaskan PSG 4-1, awal pagi tadi. FOTO REUTERS



Newcastle: Newcastle United mempamerkan aksi bertenaga untuk mencipta kemenangan bergaya 4-1 ke atas juara Perancis, Paris St Germain (PSG) pada aksi pertama Liga Juara-Juara Eropah (UCL) di tempat sendiri dalam tempoh 20 tahun, awal pagi tadi.

Dalam suasana hangat di timur laut, PSG tiada jawapan terhadap kesungguhan tuan rumah yang berada di depan pada minit ke-17 menerusi Miguel Almiron, sebelum Dan Burn menanduk masuk gol enam minit sebelum rehat, sekali gus menyaksikan Newcastle mendahului 2-0.

Penonton terus bersemangat apabila Sean Longstaff menjaringkan gol ketiga melepasi penjaga gol PSG, Gianluigi Donnarumma, lima minit selepas babak kedua bermula.

Gol Lucas Hernandez memberi sedikit harapan kepada pelawat, tetapi pemain pertahanan, Fabian Schar menjaringkan gol keempat yang membolehkan Newcastle mendahului Kumpulan F dengan empat mata, satu mata mengatasi PSG di tangga kedua.

Ia kekalahan peringkat kumpulan UCL paling teruk dialami PSG sejak tewas 0-3 di tangan Chelsea pada September 2004 dan dibolosi empat kali dalam aksi peringkat kumpulan buat kali pertama sejak tewas 3-4 di kepada Deportivo La Coruna pada Mac 2001.

"Sangat puas hati dengan apa yang pemain berikan kepada saya serta kelab bola sepak ini," kata jurulatih Newcastle, Eddie Howe.

"Ia perasaan sangat bagus untuk semua orang di sini.

"Secara taktikal, ia adalah pertarungan dua pasukan yang sangat bagus. Kami cuba untuk memberi masalah kepada mereka dan penonton membantu kami. Kami tidak menjangka dapat menjaringkan empat gol."

Anak buah Luis Enrique berkunjung ke Newcastle dalam keadaan bergelut pada aksi domestik di Ligue 1 kali ini dan merekodkan lima kekalahan dalam tujuh aksi dengan kelab Inggeris dalam kempen UCL.

Rekod itu dijangka semakin panjang apabila mereka gagal mencipta sebarang peluang pada babak pertama, kali pertama kegagalan seumpamanya pada peringkat kumpulan UCL sejak November 2013.

Berbekalkan sokongan padu penonton setiap kali pemain melakukan bentesan, Newcastle mula menguasai perlawanan dan Almiron muncul penjaring pertama di UCL selepas penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Perdana Inggeris (EPL), Alan Shearer.

Donnarumma terpaksa beberapa kali bertindak cemerlang untuk menyelamatkan gawangnya, namun dia gagal menahan tandukan padu Burn.



Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/ ... tle-belasah-psg-4-1

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 12:39 PM GMT+8 , Processed in 1.771202 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list