CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1825|Reply: 0

Torres pastikan Barca bawa pulang tiga mata dari Porto

[Copy link]
Post time 5-10-2023 10:29 AM | Show all posts |Read mode

TORRES (kanan) meraikan jaringan bersama rakan sepasukan. FOTO AFP

Porto: Jaringan Ferran Torres memastikan Barcelona menang 1-0 ke atas Porto pada perlawanan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) yang tegang, awal pagi tadi.

Malah, pengurus Barca, Xavi Hernandez menyifatkan pasukannya berjaya mengatasi badi yang dialami sejak beberapa tahun lalu.

Barcelona tersingkir di peringkat kumpulan sejak dua edisi lalu, tetapi kemenangan sukar ini meletakkan mereka sebagai pendahulu Kumpulan H, sekali gus berpeluang mengelak tersingkir di peringkat kumpulan tiga kali berturut-turut.

Xavi berkata, kunjungan ke utara Portugal itu akan menjadi perlawanan paling sukar dalam kumpulan itu dan anak buahnya terpaksa bertahan, terlepas dikenakan sepakan penalti yang dibatalkan hasil penilaian semula VAR dan gol dibatalkan kerana ofsaid.

Pemain tengah Barca, Gavi dibuang padang pada masa kecederaan babak kedua selepas menerima kad kuning kedua dan mereka terdesak untuk memenangi perlawanan itu.

"Kami kurang tenang, kurang sabar, tetapi ini aksi peringkat Eropah dan bermain di Porto, semuanya sangat sukar dan memang sukar," kata Xavi selepas perlawanan ke-100 sebagai pengurus Barca.

"Jika kami mahu bercakap mengenai perkara negatif, memang banyak, tetapi banyak juga perkara positif yang boleh diperkatakan.

"Kami datang ke sini dengan 'hantu dan badi', tetapi kami berjaya melepasinya. Kami mampu menang di gelanggang lawan menentang pasukan penuh sejarah."

Kali terakhir Barcelona yang juga juara lima kali UCL menjulang trofi itu adalah pada 2015 dan selepas itu mereka bergelut serta gagal dalam kempen peringkat benua itu.

Xavi memilih pemain remaja, Lamine Yamal di sayap kanan, sekali gus menjadi pemain termuda beraksi dalam sejarah UCL pada usia 16 tahun dan 83 hari.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... iga-mata-dari-porto
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 12:25 PM GMT+8 , Processed in 0.229922 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list