CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3100|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Gubal segera akta jerebu rentas sempadan

[Copy link]
Post time 5-10-2023 12:17 PM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR : Bekas Menteri Tenaga, Sains, Teknologi dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin, meminta kerajaan memperkenalkan Akta Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan (THA) berikutan keadaan semasa.

Katanya akta itu akan membolehkan kerajaan mengambil tindakan terhadap individu atau syarikat daripada Malaysia yang menyebabkan jerebu tanpa mengira di mana kebakaran dilakukan.

Sehingga kini katanya, belum ada undang-undang khusus di Malaysia untuk mengawal perkara ini, sebaliknya Singapura pula sudah meluluskan undang-undang sedemikian pada 2014.

"Selepas krisis jerebu pada 2019, Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi dan Perubahan Iklim (MESTECC) pada masa itu menugaskan Akademi Sains Malaysia menjalankan kajian mengenai keperluan rangka kerja perundangan komprehensif untuk menangani pencemaran rentas sempadan dan menasihati kerajaan berkaitan keberkesanan undang-undang ini.



"Pada 12 Februari 2020, Kabinet sudah membincangkan kajian ini dan pada dasarnya bersetuju memperkenalkan undang-undang itu. Namun, usaha itu terhenti selepas 'Langkah Sheraton'.

"Saya bertanya mengenai pendirian kedua-dua kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Kerajaan Perpaduan ketika ini di Parlimen berhubung pembentangan THA, kedua-dua kerajaan memberi jawapan negatif," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, mungkin ada yang berpendapat THA hanyalah satu usaha sia-sia kerana bukti pembakaran terbuka perlu diambil di Indonesia atau negara yang berkaitan.

"Tambahan pula, pendakwaan terhadap pelaku luar wilayah adalah sangat mencabar dan memerlukan kerjasama dengan pihak berkuasa Indonesia. "Usaha kerjasama ini mungkin tidak akan diterima baik oleh pihak Indonesia," katanya.

Bagaimanapun katanya, mungkin mereka yang tidak bersetuju terlepas pandang bahawa THA boleh digunakan sebagai satu inisiatif mencegah berlakunya jerebu menerusi klausa seperti mewajibkan syarikat Malaysia yang berisiko menyebabkan jerebu dari luar negara untuk menyediakan data satelit untuk semua premis mereka seperti ladang.

"(Selain itu) menghendaki syarikat-syarikat mengisytiharkan pembelian tanah baharu di kawasan berisiko tinggi seperti ladang kelapa sawit di Indonesia dan mengisytiharkan cara tanah itu dibersihkan sebelum pembelian," katanya, menjelaskan langkah itu bagi mengelak penduduk tempatan menggunakan kaedah tebas dan bakar, untuk membersihkan tanah sebelum menjualnya kepada syarikat besar.

Katanya, ketelusan adalah ciri paling utama dan harus ditekankan untuk menghalang syarikat perladangan Malaysia yang berkelakuan buruk di negara lain.

"Di samping itu, ia akan mengikis tanggapan buruk yang digambarkan oleh negara maju bahawa ladang kelapa sawit semuanya sama dan menjadi punca utama pembakaran hutan di rantau ini," katanya.

Dalam tempoh beberapa tahun ini, beliau berkata jerebu rentas sempadan terutamanya di Indonesia, Malaysia, Singapura dan Brunei mendatangkan implikasi yang buruk terhadap alam sekitar, ekonomi, kesihatan awam dan kesejahteraan rakyat serantau.

"Insiden jerebu boleh menyebabkan negara kerugian lebih RM 1 bilion mengambil kira kos ke atas sektor pelancongan dan perniagaan, kos memadam kebakaran dan operasi pembenihan awan, pembatalan jadual penerbangan dan acara sukan, kos kesihatan awam, kemusnahan biodiversiti dan seterusnya," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... ebu-rentas-sempadan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 04:00 PM GMT+8 , Processed in 0.058418 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list