CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7731|Reply: 2

[Politik] Tiada gambaran ADUN PN Pahang nak sertai PH-BN

  [Copy link]
Post time 6-10-2023 04:23 PM | Show all posts |Read mode
Tiada gambaran ADUN PN Pahang nak sertai PH-BN



KUALA LUMPUR: BERSATU menafikan dakwaan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PN di Pahang akan menyertai gabungan Barisan Nasional-Pakatan Harapan (BN-PH) di negeri itu.

Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Razali Idris, berkata dakwaan yang dinyatakan oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi itu adalah propaganda politik yang cuba dicetuskan demi meraih simpati dan undi rakyat negeri Pahang sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Pelangai yang akan diadakan pada esok.

"Tiada gambaran langsung sama ada ADUN daripada BERSATU mahupun PAS akan menyertai gabungan BN-PH di Pahang.

"Tidak pasti sama ada Ahmad Zahid mempunyai sumber yang boleh dipercayai atau tidak mengenai maklumat yang diperolehi terhadap beberapa orang ADUN akan menyertai gabungan parti berkenaan itu," katanya ketika dihubungi BH, hari ini.

Razali menyifatkan, Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO semakin lama semakin kuat berbohong dan sudah mula kehilangan punca dan idea.

"Ahmad Zahid kini juga dilihat cuba untuk menutup kelemahan beliau sebagai Presiden UMNO dan sokongan orang Melayu sudah berkurangan terhadap parti yang dipimpin oleh beliau ketika ini," katanya.

Semalam, Ahmad Zahid mendedahkan ada beberapa ADUN Pahang daripada PN mahu menyertai gabungan BN-PH di negeri itu dan pendedahan itu dibuat berdasarkan maklumat dalaman yang diterimanya.

Beliau turut mendakwa bahawa kenyataan yang dibuat Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin kononnya empat ADUN BN akan lompat parti dan menyertai PN hanyalah propaganda untuk memenangi PRK Pelangai.


Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... ng-nak-sertai-ph-bn

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2023 04:47 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2023 08:25 PM | Show all posts
wak jahid respon balik cerita dongeng mahiadin jer tu...

mahiaddin kata " tadi ada reporter tanya saya, betul ker ada 4 orang ADUN dari PH/BN nak melompat ke PN? "

sebiji macam dia pernah kata dulu" pagi tadi , selepas subuh saya ada baca dalam satu wassap group yahudi"
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 12:20 PM GMT+8 , Processed in 0.348945 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list