CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4230|Reply: 0

Peluang karate tambah pingat kontinjen negara

[Copy link]
Post time 7-10-2023 09:31 AM | Show all posts |Read mode

Trio negara Nathalia Sherawinnie Anak Yampil, Naccy Nelly Evvaferra Rojin dan Lovelly Anne Robberth meraih pingat perak dalam acara kata berpasukan wanita pada temasya Sukan Asia Hangzhou 2022 semalam. – Foto BERNAMA

HANGZHOU: Kem karate negara mengambil alih perhatian di penghujung temasya Sukan Asia Hangzhou 2022, apabila menambah kutipan pingat kontinjen Malaysia yang sudah melepasi sasaran ditetapkan, dengan meraih perak dalam acara kata berpasukan wanita semalam.

Pada hari kedua saingan sukan itu di Gimnasium Pusat Sukan Linping, pingat perak yang diraih trio Naccy Nelly Evvaferra Rojin, Niathalia Sherawinnie Yampil dan Lovelly Anne Robberth adalah pingat ke-29 negara.

Trio negara yang dikatakan mampu mencipta kejutan menyumbang emas, terpaksa akur kepada kehebatan pemenang perak Kejohanan Karate Asia 2023 dan pemenang emas Sukan SEA 2023 dari Vietnam, yang terdiri daripada Nguyen Thi Phuong, Nguyen Ngoc Tram dan Luu Thi Thu Uyen.

Dengan dua pingat perak diraih termasuk satu menerusi kata individu wanita kelmarin, kem karate berpeluang terus mencuri perhatian hari ini apabila pemenang gangsa edisi 2018 di Jakarta-Palembang, S Prem Kumar turun beraksi dalam acara kumite individu lelaki bawah 67 kilogram.



Tumpuan hari ini turut terarah kepada regu lelaki negara yang akan turun mempertahankan emas antara regu, yang dimenangi pada edisi lalu, namun berdepan halangan getir apabila bertemu musuh utama sukan sepak takraw, Thailand pada final di Gimnasium Pusat Sukan Jinhua.


Gimnas negara, Ng Joe Ee akan bertanding pada pusingan akhir individu all-around hari ini. – Foto AFP

Pertembungan hari ini bukan sahaja memberi peluang kepada skuad bimbingan Ahmad Jais Baharun menghadiahkan emas, malah menebus kekecewaan selepas tewas di tangan Thailand pada final acara berpasukan lelaki minggu lalu.

Sementara itu di Gimnasium Huanglong, atlet gimrama Ng Joe Ee yang membuat penampilan sulung pada Sukan Asia, berjaya menampilkan aksi memberangsangkan pada pusingan kelayakan untuk melangkah ke final individu all-around.

Di Gimnasium Binjiang pula, perjuangan beregu lelaki Aaron Chia-Soh Wooi Yik terhenti di separuh akhir, selepas ditunjukkan jalan keluar oleh pasangan India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty yang melakar kemenangan 21-17, 21-12.

Bagaimanapun, mereka tetap berjaya meraih gangsa sekali gus menyaksikan Malaysia sekurang-kurangnya akan membawa pulang 31 pingat termasuk satu daripada sepak takraw menerusi acara regu lelaki.

Satu gangsa itu juga memperbaiki pencapaian skuad badminton negara yang gagal membawa pulang sebarang pingat pada edisi lalu.


Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik tunduk di tangan Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty dari India pada separuh akhir Sukan Asia Hangzhou 2022 semalam. – Foto NSTP/Asyraf Hamzah

Dalam pada itu, hasrat kem ekuestrian untuk menambah pingat tidak kesampaian, selepas S Nageswaran bersama kudanya Wanskjaer Cuneo, menamatkan final acara lompatan individu di tempat ke-12 di Pusat Ekuestrian Tonglu.

Hari ini, skuad hoki wanita akan menutup kempen Sukan Asia dengan membuat perhitungan menentang Thailand, pada perlawanan penentuan tempat kelima dan keenam di Stadium Gonshu Canal Sports Park, selain pasukan jiu-jitsu dan xiangqi akan terus mengibar cabaran Malaysia.

Malaysia kini berada di kedudukan ke-14 selepas mengumpul lima emas, tujuh perak dan 17 gangsa.

Tuan rumah China unggul dengan kutipan 187-104-62 diikuti Jepun di tempat kedua (47-57-62) dan Korea Selatan ketiga (36-49-84). – BERNAMA
https://www.bharian.com.my/sukan ... at-kontinjen-negara
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 09:56 PM GMT+8 , Processed in 0.052384 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list