CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4052|Reply: 0

[Selangor] Jurulatih dodgeball mengaku tidak salah ganggu kesantunan murid

[Copy link]
Post time 7-10-2023 09:51 AM | Show all posts |Read mode

TERENCE Ee Soon Lee mengaku tidak bersalah mengaibkan kehormatan dua murid lelaki, tahun lalu. FOTO Bernama.

Petaling Jaya: Jurulatih dodgeball Selangor didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan mengganggu kesantunan dua murid lelaki, akhir tahun lalu.

Tertuduh, Terence Ee Soon Lee, 53, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan berkenaan yang dibacakan di hadapan Majistret Zhafran Rahim Hamzah.

Tertuduh didakwa mengganggu kesantunan dua murid lelaki yang ketika kejadian berusia 11 tahun di sebuah dewan sekolah jenis kebangsaan di sini, antara jam 2 hingga 2.30 petang pada November hingga Disember 2022.

Kesalahan didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika disabitkan.

Timbalan Pendakwa Raya Siti Maryam Jamilah Md Kamal menawarkan jaminan RM12,000 bagi kedua-dua pertuduhan berserta syarat tambahan, tertuduh dilarang mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan dalam kes itu.

Peguam Datuk R Thrichelvam yang mewakili tertuduh merayu jaminan RM6,000 bagi dua pertuduhan atas alasan anak guamnya penanggung tunggal keluarga serta mempunyai dua anak.

Terdahulu, ketika ditanya Zhafran mengenai hubungan antara tertuduh dengan mangsa, pihak pendakwaan memaklumkan, tertuduh adalah jurulatih kepada mangsa dan sudah ditamatkan perkhidmatan di sekolah berkenaan.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,500 bagi kedua-dua pertuduhan dan syarat tambahan seperti dicadangkan pendakwaan.

Kes disebut semula 29 November depan.

Media sebelum ini melaporkan, guru besar sebuah sekolah membuat laporan polis ke atas seorang bekas jurulatih kerana dikatakan melakukan gangguan seksual terhadap murid.

Presiden Persatuan Dodgeball Malaysia (MAD), Datuk N Radhakrishnan dilaporkan berkata, pihaknya menerima aduan daripada Biro Kokurikulum Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... gu-kesantunan-murid
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 02:28 PM GMT+8 , Processed in 0.174443 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list