CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1145|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Kerat mayat isteri, hukuman penjara warga Bangladesh kekal

[Copy link]
Post time 7-10-2023 12:34 PM | Show all posts |Read mode

MD Shahzada ketika pertama kali dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh isterinya pada 2018. FOTO Saifullizan Tamadi.

Putrajaya: Mahkamah Rayuan di sini mengekalkan hukuman penjara 20 tahun ke atas seorang lelaki warga Bangladesh kerana menyebabkan kematian isteri dengan cara mengeratnya kepada enam bahagian dan disumbat dalam dua bagasi.

Rayuan Md Shahzada Saju untuk mengurangkan hukuman ditolak hari ini oleh panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Vazeer Alam Mydin Meera, Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Datuk SM Komathy Suppiah.

Dalam menyampaikan keputusan mahkamah, Hakim Vazeer berkata, hukuman penjara 20 tahun itu adalah tidak keterlaluan berdasarkan kes itu yang pembunuhan dilakukan dengan cara yang mengerikan.

Beliau berkata, terdapat elemen kepentingan awam dalam kes itu kerana Md Shahzada, sebagai suami si mati, perlu menjaganya tetapi sebaliknya beliau mengambil nyawanya.

Hakim juga berkata, Mahkamah Tinggi tidak melakukan kesilapan dalam mengenakan hukuman penjara 20 tahun dan Mahkamah Rayuan tidak mahu mengganggu hukuman itu.

Md Shahzada, 42, bekas pelayan restoran pada mulanya didakwa pada 7 Ogos 2018 membunuh isterinya Sajeda-E Bulbul, 29, juga warga Bangladesh, di sebuah bilik tidak bernombor di Jalan Sultan Azlan Shah di Dang Wangi, Kuala Lumpur antara 4.15 pagi pada 3 Julai dan 3.16 pagi pada 5 Julai 2018.

Pada 26 Mei tahun lalu, Mahkamah Tinggi mengurangkan pertuduhan Md Shahzada daripada pertuduhan membunuh kepada pertuduhan menyebabkan kematian di akhir kes pendakwaan.

Beliau mengaku salah atas pertuduhan itu dan dipenjara 20 tahun. Dia bagaimanapun merayu di Mahkamah Rayuan untuk mengurangkan tempoh pemenjaraannya.

Bertindak atas maklumat, polis membuat pemeriksaan di tempat kejadian dan menemukan dua bagasi mengandungi keratan mayat manusia di tepi Sungai Gombak berhampiran Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

Bedah siasat telah dijalankan dan mengesahkan kematian si mati disebabkan kelaran di leher dan kepalanya telah dipenggal. Polis menangkap Md Shahzada di Pengerang, Johor pada 25 Julai 2018.

Peguam Vijey Esvaren, yang dibantu oleh peguam M Meera, memohon mahkamah mengurangkan hukuman penjara bagi membolehkan anak guamnya pulang ke negara asal untuk menjaga ibunya.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Fuad Abdul Aziz berkata hukuman penjara yang dikenakan ke atas Md Shahzada tidak keterlaluan. Katanya mayat mangsa ditemukan dalam dua bagasi dan lehernya telah dipenggal.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ga-bangladesh-kekal
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 11:55 PM GMT+8 , Processed in 0.713219 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list