CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 527|Reply: 0

[Selangor] Cuaca cerah hampir seluruh negeri

[Copy link]
Post time 8-10-2023 01:08 PM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan keadaan cuaca di semua negeri adalah cerah dan tiada hujan berlaku.

MetMalaysia dalam laporan cuacanya berkata, pihaknya menjangkakan keadaan cuaca yang agak lembap akan berlaku di kebanyakan negeri, tetapi ianya lebih tertumpu di bahagian utara dan juga pantai timur.

“Hujan serta ribut petir akan berlaku di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu dan juga di bahagian utara di Pahang.

“Bagi pantai barat dan juga selatan semenanjung Malaysia, dijangkakan keadaan cuaca yang kurang hujan manakala hujan dijangka berlaku di bahagian pedalam Selangor dan Negeri Sembilan sahaja,” katanya di sini hari ini.

Sementara di Sabah dan Sarawak pula, pada sebelah petang nanti MetMalaysia menjangkakan cuaca lembap berlaku di kebanyakan bahagian bagi negeri Sabah dan ianya tertumpu di bahagian pedalaman dan pantai barat.

“Begitu juga di kebanyakan negeri Sarawak, tetapi kebarangkalian untuk berlaku lebih kepada bahagian pedalaman iaitu di bahagian Limbang, Miri, Kapit dan juga Seri Aman,” jelasnya,

Selain itu, MetMalaysia memaklumkan paparan carta angin menunjukkan pada ketika ini bahagian semenanjung Malaysia menerima pengaruh angin daripada arah Tenggara memasuki Semenanjung dan di Sabah dan Sarawak angin pada ketika ini bertiup daripada pelbagai hala.

Bagaimanapun angin bertiup dalam keadaan yang agak lemah, dengan kelajuan 10 hingga ke 20 kilometer sejam dan dengan keadaan angin yang kurang signifikan ketika ini menyebabkan MetMalaysia tidak mengeluarkan sebarang amaran angin kencang serta laut bergelora di kawasan perairan rantau negeri.

“Bagaimanapun, di bahagian pantai barat Semenanjung Malaysia di negeri Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor mengalami keadaan cuaca yang sedikit berjerebu.

“Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) Jabatan Alam Sekitar (JAS) menunjukkan kebanyakan negeri di pantai barat ketika ini pada tahap sederhana dan tidak sihat,” katanya.

Justeru itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat pembakaran terbuka bagi mengelak keadaan jerebu setempat yang boleh mengganggu pernafasan dan seterusnya menjejaskan kesihatan. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/10 ... pir-seluruh-negeri/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 05:25 PM GMT+8 , Processed in 0.065048 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list