CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 513|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Waspada skim penipuan pelaburan 'XFox Mix Biz'

[Copy link]
Post time 9-10-2023 11:43 AM | Show all posts |Read mode

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf. - Foto fail NSTP

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) meminta orang ramai berhati-hati dengan skim pelaburan 'XFox Mix Biz' yang dipercayai menggunakan nama syarikat yang tiada kaitan dengan pelaburan itu.

Perkara itu terbongkar selepas Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) menerima aduan seorang individu mendakwa nama dan logo syarikat itu digunakan pihak lain bagi mempromosikan skim pelaburan berkenaan.

Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, berkata pengadu menafikan pengetahuan mahupun pembabitan syarikatnya dengan skim pelaburan terbabit.

"Berdasarkan semakan kita, tiada sebarang laporan polis diterima dari mana-mana individu yang menjadi mangsa skim terbabit setakat ini.



"Sehubungan dengan itu, PDRM menggesa individu-individu yang sudah menyertai skim pelaburan 'XFox Mix Biz' segera tampil membuat laporan polis di mana-mana balai polis berhampiran," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, dalam usaha membendung kegiatan sindiket penipuan sebegini, masyarakat diingatkan tidak mudah terpedaya dengan promosi pelaburan yang menjanjikan keuntungan terlalu lumayan dalam masa yang singkat.

"Orang ramai perlu sentiasa membuat semakan terperinci dengan agensi kerajaan yang berkaitan sebelum mengambil keputusan untuk menyertai mana-mana skim pelaburan.

"Dapatkan nasihat serta maklumat lanjut dari sumber-sumber rasmi seperti National Scam Response Center (NSRC) di talian 997 sebelum membuat keputusan untuk menyertai skim pelaburan yang meragukan," katanya.

Selain itu, orang ramai turut digalakkan membuat semakan menerusi senarai amaran pelabur yang dikeluarkan Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Sekuriti (SC).
https://www.bharian.com.my/berit ... aburan-xfox-mix-biz
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 05:39 PM GMT+8 , Processed in 0.160933 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list