CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2692|Reply: 34

900 Pekerja Myairline Tidak Diberhentikan, Tiada Sesiapa Diberi Cuti Tanpa Gaji

[Copy link]
Post time 16-10-2023 08:57 PM | Show all posts |Read mode
Subang Jaya: Sehingga kini 900 kakitangan Myairline Sdn Bhd (Myairline) masih kekal sebagai pekerja syarikat itu dan tidak ditamatkan perkhidmatan.


Eksekutif Interim MyAirline Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman berkata, tiada pekerja yang diberhentikan atau diberi cuti tanpa gaji dan usaha membayar gaji mereka akan diberi keutamaan sebaik sahaja pelabur baharu mengambil alih.


Foto: Harian Metro




"Kebajikan kakitangan tetap keutamaan kami, sebaik sahaja pembiayaan diperoleh, kami akan mengutamakan pembayaran berkanun dan gaji bulan September kakitangan.


"Adalah penting untuk ambil perhatian bahawa semua kakitangan kekal di bawah pekerjaan MYAirline, tiada sesiapa yang diletakkan pada cuti tanpa gaji atau ditamatkan perkhidmatan sehingga kini," katanya kepada Harian Metro.


Azharuddin berkata, pihaknya juga sudah mengadakan pertemuan dengan Kementerian Sumber Manusia (KSM) bagi memaklumkan berhubung perkara ini.


"Kami juga ingin memaklumkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Interim Stuart Cross sudah meletak jawatan dan bukan lagi kakitangan MYAirline," katanya.


Dalam pada itu, Azharuddin positif rundingan dengan bakal pelabur baharu bagi menyelamatkan syarikat penerbangan itu akan dimuktamadkan dalam masa terdekat.


"MYAirline sudah memulakan Pelan Pemulihan Perkhidmatan dan Pelan Kesinambungan Perniagaan dengan tumpuan kepada penambahbaikan dan peningkatan akauntabiliti.


"engutamaan semula objektif juga akan diumumkan selepas permodalan semula selesai. Berhubung dengan bakal pelabur, MYAirline sedang giat meneroka perkongsian strategik dan kini menerima beberapa cadangan," katanya.


Menurutnya, semua cadangan akan melalui penilaian terperinci dan usaha yang wajar.


"Adalah penting juga untuk diambil perhatian bahawa perbincangan dengan pemberi pajak sedang berjalan untuk mengekalkan pesawat kami.


"Kami akan sentiasa membawakan perkembangan terkini berhubung syarikat kepada kakitangan dan pihak media," katanya. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2023 09:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Nmpk tua sangat datuk seri azharudin. Jauh beza masa kes mh370 dulu.

Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2023 09:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Budder dah tak dapat bawa taro ball pergi ke father's office.

Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2023 09:25 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas: Nmpk tua sangat datuk seri azh ...


Nampak macam tak berapa sihat tu.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2023 09:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by kakikuDibibirmu at 16-10-2023 09:32 PM
sharlenetexas replied at 16-10-2023 09:00 PM
Nmpk tua sangat datuk seri azharudin. Jauh beza masa kes mh370 dulu.


Apa beza Malaysian Airline System dengan Malaysia Airline? Itulah, kalu ikut saranan Tun Razak dalam filem Tanda Putera, dah selamat dah nama MAL tu
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2023 09:34 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas: Budder dah tak dapat bawa taro ...



Hahahhaa... Mane grandpa mid.. Nyorok kat el eh ka... Hahahha
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-10-2023 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
"MYAirline sudah memulakan Pelan Pemulihan Perkhidmatan dan Pelan Kesinambungan Perniagaan dengan tumpuan kepada penambahbaikan dan peningkatan akauntabiliti.


.......ada isu sakau kot?
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2023 09:40 PM | Show all posts
sharlenetexas replied at 16-10-2023 09:00 PM
Nmpk tua sangat datuk seri azharudin. Jauh beza masa kes mh370 dulu.

Nampak tua sangat skrg...

Dulu


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2023 09:53 PM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 16-10-2023 09:40 PM
Nampak tua sangat skrg...

Dulu

Itulah iols ingat muka dia ni sbb pemes dia masa MH370 tp rasa pelik apasal kat PC tu lain benor.

Rasanya lum 10 tahun lagi tahun depan baru 10 tahun tp proses penuaan dia pantas juga la walhal kebanyakkan org sama je rupa dgn 10 tahun lalu
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2023 09:55 PM From the mobile phone | Show all posts
So akan kembali beroperasi ke idok?
Suka tgk uniform dorang sbb cam santai2 je, pakai sneakers so memudahkan cabin crew nak wat keje.
Mengarut sungguh pakai kebaya ketat melekap, kasut tinggi yg menyakitkan kaki.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2023 10:13 PM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 16-10-2023 09:30 PM
Apa beza Malaysian Airline System dengan Malaysia Airline? Itulah, kalu ikut saranan Tun Razak dal ...

1 sytsem ada...1 system tada jugak....
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2023 11:36 PM From the mobile phone | Show all posts
keje takde gaji. nak cuti pun x leh. nak g keje lain pun tak leh.. perkeso pun x dpt tolong. harap dipermudahkan laa
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2023 11:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Serius the day before winding up tu, aku tgk tiket bangkok myairline rm300 yg lain mahal. X beli pun sesaja feeling2 nk g oversea survey2 harga tiket. Tp ko esok dh nk winding up, boleh pulak jual2 lg. Naya org je.
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2023 12:03 AM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 16-10-2023 09:01 PM
Budder dah tak dapat bawa taro ball pergi ke father's office.

penjualan tarobol inflight tak kesampaian ????????????
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2023 12:52 AM | Show all posts
Suchi replied at 16-10-2023 09:55 PM
So akan kembali beroperasi ke idok?
Suka tgk uniform dorang sbb cam santai2 je, pakai sneakers so me ...

Katanye tengah cari investors baru......
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2023 09:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Harap la up balik MyAirline ni. Ada jugak rival Er esia. Kalu dak suka suki jer nak letak harga sbb takda saingan. Dengan staff yang kekwat semacam. Tempat duduk ekonomi sempit macam sardin. Tak mesra pelanggan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2023 09:19 AM | Show all posts
Radzor replied at 16-10-2023 11:36 PM
keje takde gaji. nak cuti pun x leh. nak g keje lain pun tak leh.. perkeso pun x dpt tolong. harap d ...

ya betul...cuti tanpa gaji....nak kerja tapi ada kerja dgn myairline, perkeso tak boleh tolong,....dobol kejahatan MyAirline ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2023 09:33 AM | Show all posts
Rumor kata anak si Openg tu nak ambik alih ntahler
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2023 09:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah nampak lain dah datuk ni dr mh370..
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2023 10:09 AM | Show all posts
I am sure MyAirline ni akan terbang balik. Dia orang kena sort out ASL (air Service Licence) tu dulu dari MAVCOM baru CAAM boleh bagi balik AOC ( Air Operator Certificate).

Nak dapat ASL ni cerewet sikit, airline kena declare all the directors, share holders, financial status projection etc etc. Setiap individu yang terlibat, dia punya record source of income semua tu kena declare and MAVCOM akan check. Kalau ada board member atau share holder yg ada kes bankruptcy, money laundering etc etc tu , memang tak lepas la.. macam mana dulu boleh lepas tu tak tau la ...

Bila ASL dah clear, baru CAAM bagi balik AOC.

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 04:59 AM GMT+8 , Processed in 0.052099 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list