Polis semalam menahan Pemegang saham terbesar MYAirlline Datuk Allan Goh Hwan, isterinya Datin Neow Ean dan anak lelakinya Sean Goh Tze Han, yang merupakan ahli lembaga MYAirline. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman Ramli Mohamed Yoosuf berkata mereka ditahan bagi membantu siasatan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Ramli Mohamed Yoosuf
“Datuk berkenaan yang berusia 57 tahun bersama isteri, 55, dan anaknya, 26, ditahan di rumah mereka di Shah Alam pada 5.30 petang,” katanya Beliau berkata polis telah membuat permohonan reman hari ini 4 hari. MYAirline Syarikat ‘cuci wang’ haram Ahli perniagaan ‘scammer’ Datuk Allan Goh Hwan Hua merupakan pemegang saham tunggal terbesar syarikat penerbangan itu melalui Syarikatnya Zillion Wealth Bhd, 88% kepentingan dan Trillion Cove Holdings Bhd, 10% kepentingan. Kedua-dua syarikat Zillion Wealth dan Trillion Cove merupakan milik Goh yang pernah terlibat pengubahan wang haram.
Datin Neow Ean Lee–Isteri
Sean Goh Tze Han
Bank Negara Malaysia (BNM) juga pernah mengenakan penalti monetari pentadbiran berjumlah lebih RM50 juta terhadap syarikatnya I-Serve Online Mall Sdn Bhd dan lagi kerana melanggar Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA). Lagi BACA... https://thecorporate-secret.com/blog/2023/10/18/polis-tahan-rayner-teo-bekas-ceo-myairline-datuk-allan-goh-isteri-dan-anak-bawah-pengubahan-wang-haram/
|