CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1635|Reply: 0

[Terengganu] 'Mana ada hantu'

[Copy link]
Post time 18-10-2023 04:53 PM | Show all posts |Read mode
Chukai: "Kita berharap orang ramai tidak percaya dengan dakwaan itu," kata Zuraida Mohd Ali berhubung dakwaan seorang pemandu lori yang mendakwa kawasan Hentian Rehat&Rawat (R&R) Perasing di Lebuhraya Pantai Timur Dua (LPT2) berhantu.

Zuraida, 45, yang juga peniaga di R&R terbabit berkata, dakwaan pemandu lori terbabit yang tular di media sosial sejak minggu lalu itu menyebabkannya serta 20 peniaga di situ mengalami kerugian kerana orang ramai mengambil keputusan tidak berhenti di hentian itu.

"Memang berbeza dari kebiasaan kerana pengunjung tidak lagi berani untuk singgah di sini terutamanya waktu malam.

"Kesan daripada dakwaan itu perniagaan kami merudum antara 50 hingga 80 peratus sehingga ada di antara kami terpaksa membuang makanan kerana yang tidak habis dijual," katanya.

Menurutnya, biasanya pendapatan hasil jualannya sekitar RM400 hingga RM500 sehari dan selepas cerita hantu yang ditularkan menyebabkan pendapatannya kini sekitar RM200.

Pekerja kedai makan di R&R itu, Shazliana Mamat, 22, berkata, majikannya sering merungut dengan kekurangan hasil jualan dan terpaksa menggunakan wang yang lain untuk membayar gaji pekerja.

"Kita sebagai pekerja turut bersimpati dengan majikan kami dan berharap pelanggan kembali singgah ke sini.

"Ada peniaga dapat sekitar RM50 sehari dan ada yang mengambil keputusan menutup perniagaannya dengan lebih awal," katanya.

Menurutnya, dia berharap cerita hantu itu bernoktah kerana sepanjang empat tahun berkerja, tidak pernah ada apa perkara yang menakutkan berlaku di situ.

"Majikan dan peniaga lain sangat bimbang berkemungkinan akan gulung tikar sekiranya keadaan itu berlarutan.

"Saya dimaklumkan majikan, dulu sembilan tahun lepas sudah berlaku dakwaan yang sama sehingga R&R ini sepi tanpa pengunjung dan kami sangat bimbang dan berharap supaya cerita hantu itu bernoktah," katanya.



Zuraida Mohd Ali. - Foto Rosli Ilham

Pengunjung, Zarawi Mamat, 53, yang tinggal di Dungun berkata, sepanjang 10 tahun berulang-alik ke Kuala Lumpur, R&R Perasing menjadi tempat persinggahannya.

"Banyak kawasan R&R saya singgah. Tak kira siang atau tengah malam saya akan singgah di sini dan setakat ini tidak pernah saya bertemu atau diganggu makhluk halus.

"Kita tak nafi dengan makhluk halus memang wujud tetapi sebaiknya perkara itu tidak diperbesarkan demi untuk kebaikan semua pihak," katanya.

Sebelum itu, seorang pemandu lori menceritakan pengalaman diganggu makhluk halus ketika memandu seorang diri dan pengalaman itu dikongsi menerusi satu video dimuat naik di TikTok sehingga meraih 1.6 juta tontonan.

Pemandu itu mendakwa kejadian itu berlaku pada 9 Oktober lalu di sebuah kawasan berhampiran hentian itu.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/10/1021279/mana-ada-hantu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 10:12 AM GMT+8 , Processed in 0.432520 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list