CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 980|Reply: 0

Mandulkan si bulus

[Copy link]
Post time 19-10-2023 02:57 PM | Show all posts |Read mode

TANGGUNGJAWAB pemilik memastikan kucing bebas penyakit melalui vaksinasi.

STIGMA masyarakat yang menganggap pemandulan kucing adalah menafikan hak haiwan berkenaan untuk membiak masih wujud.


Sedangkan fatwa mengharuskan pemandulan haiwan peliharaan kerana ia boleh menyelesaikan masalah kacau ganggu kepada masyarakat.

Ketua Penolong Pengarah, Seksyen Kebajikan Haiwan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Putrajaya, Dr Ani Yardi berkata, pemandulan adalah salah satu inisiatif yang dijalankan bertujuan mengawal populasi kucing dan ia juga dapat menjaga kemaslahatan ummah serta kebajikan haiwan.

Menurutnya, kucing boleh bunting seawal usia empat bulan dengan tempoh kandungan selama 64 hingga 67 hari.

"Seekor kucing boleh melahirkan anak tiga kali setahun dengan purata bilangan anak kucing setiap kelahiran antara empat hingga enam ekor.


"Sekiranya kucing ini tidak dimandulkan, sudah tentu haiwan itu terus membiak dan tidak terkawal.

"Apabila berlaku kelahiran yang tidak dikehendaki atau dirancang, maka haiwan ini dibuang di jalanan. Seterusnya menjadi kucing terbiar di tempat awam," katanya.

Dr Ani berkata, antara kebaikan pemandulan kucing jantan ialah mengurangkan sifat agresif dan kecenderungan untuk kencing merata-rata.

Katanya, kebaikan kedua adalah mengurangkan risiko kucing jantan merayau, bergaduh dan tercedera kerana lebih dominan.

"Kebaikan ketiga ialah mengelakkan risiko penyakit berkaitan seksual, penyakit berjangkit seperti Aids kucing dan leukemia kucing.

"Kebaikan terakhir adalah mengelakkan penyakit 'transmissible venereal tumors',"katanya.

Beliau berkata, manakala kebaikan pemandulan terhadap kucing betina pula ialah mengurangkan keinginan merayau untuk mencari kucing jantan dan mengawan.

"Kebaikan kedua adalah mengelakkan risiko ketumbuhan dan barah kelenjar susu, jangkitan rahim bernanah dan kurang risiko penyakit berjangkit.

"Seterusnya ialah kos lebih rendah menjaga haiwan dimandulkan berbanding anak kucing peliharaan yang banyak," katanya.

Dr Ani berkata, pemandulan bukan hanya kepada kucing, tetapi boleh dilakukan terhadap haiwan peliharaan lain seperti anjing, arnab dan hamster.

"Jabatan Perkhidmatan Veterinar ada mendapat maklumat daripada kelab hamster mengatakan ramai juga yang membuang hamster di jalanan.

"Namun, hamster jalanan tidak kelihatan berkeliaran terbuka seperti haiwan jalanan lain kerana ia kategori tikus dan suka menyorok.

"Tambahan pula, hamster sejenis haiwan suka bersendirian dan bersembunyi," katanya.
PEMBIAKAN tidak terkawal meningkatkan bilangan kucing jalanan.

Katanya lagi, oleh itu haiwan peliharaan yang hendak dimandulkan perlu dirujuk kepada doktor veterinar di klinik veterinar berhampiran.

Sementara itu, dalam perkembangan lain Dr Ani menyentuh perkara yang terkandung dalam Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772).

Jelasnya, lima tanggungjawab pemilik haiwan peliharaan sama ada ia haiwan kesayangan atau ternakan sebagai sumber makanan.

"Tanggungjawab pertama ialah pemilik haiwan perlu memastikan kebajikan haiwan peliharaan berkaitan keperluan persekitaran yang sesuai dipenuhi.

"Selain menyayanginya, hendaklah memastikan ruang permainan, bermanja dan bersendirian haiwan peliharaan dipenuhi," katanya.

Kata Dr Ani, tanggungjawab kedua pula adalah memastikan kucing mendapat diet yang sesuai. Bukan setakat memberinya makanan mengenyangkan, tetapi juga perlu mengandungi protein dan karbohidrat mencukupi untuk memenuhi keperluan fisiologinya.

"Tanggungjawab ketiga ialah haiwan peliharaan ini boleh mempamerkan tingkah laku semula jadi sebagai seekor haiwan seperti suka bermain dan meneroka kawasan supaya dapat menunjukkan emosinya.

"Manakala tanggungjawab keempat adalah perlu memastikan haiwan peliharaan boleh diletakkan bersama haiwan lain atau sebaliknya. Ini juga salah satu keperluan kebajikan haiwan peliharaan," katanya.

Beliau berkata, sementara itu tanggungjawab terakhir ialah haiwan peliharaan dilindungi daripada kesakitan, kesengsaraan, kecederaan dan apa jua penyakit lain.

"Pemilik hendaklah mengambil langkah pencegahan mengelakkan haiwan berkenaan mendapat penyakit kerana ia membabitkan kos.

"Apabila haiwan peliharaan menunjukkan gejala tidak sihat, hendaklah merujuknya kepada doktor veterinar bagi mendapatkan rawatan sewajarnya," katanya.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:38 PM GMT+8 , Processed in 0.055389 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list