CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13875|Reply: 126

Lelaki sebagai pelindung

[Copy link]
Post time 27-1-2011 02:43 PM | Show all posts |Read mode
Sekadar ingin berkongsi sedikit pengalaman. Baru-baru ini saya berkesempatan untuk mengikuti majlis Malam Amal Raudhatus Sakinah yang diadakan di Shah Alam. Raudhatus Sakinah adalah satu badan insititusi di bawah Jamaah Islam Malaysia (JIM)  membantu melindungi remaja-remaja wanita yang bermasalah.

Saya tertarik dengan tema pada malam itu iaitu "Lelaki Pelindung Wanita".

Lelaki Pelindung Wanita

Dalam permasalahan sosial sekarang seperti isu buang bayi yang semakin meruncing, masyarakat terus menyalahkan pihak wanita yang kononnya lemah, mudah terpedaya dan sebagainya. Namun, kita sering melupakan bahawa isu ini bukan hanya berpunca dari satu pihak sahaja. "Tepuk Sebelah Tangan Takkan Berbunyi". Kita sering melupakan bahawa kelahiran yang sepatutnya suci murni itu turut dicemarkan oleh "ayah" yang tidak bertanggungjawab. Maka seeoloknya kita merenung kembali peranan lelaki terhadap wanita seperti yang dianjurkan oleh Allah dalam Al Quran;

" Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita) dan mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka..." (surah al-Nisa', 4:34).


Jika kita sama-sama renung ayat ini, terdetikkah di hati kita betapa besar dan beratnya amanah yang telah Allah berikan kepada kaum lelaki untuk menjadi pemimpin pada wanita. Betapa Allah telah memberi kepercayaan pada lelaki untuk memikul amanah itu kerana beberapa kelebihan yang Allah berikan pada lelaki dan tidak ada pada wanita.

Namun, hari ini, adakah lelaki telah berperanan sebagai pemimpin dan adakah wanita juga telah menjalankan peranan sebagai orang yang dipimpin?


    " Lelaki yang paling baik adalah lelaki yang paling baik terhadap isteri dan keluarga".



Sesungguhnya, wanita itu satu amanah dari Allah, maka lindungilah ia kerana ia jua sebahagian dari lelaki.


"Wahai manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan dari pada kedua-duanya Allah mengembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak" (Surah Al- Araf:189).


kalu ada lock jer lah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2011 04:03 PM | Show all posts
rangkap lagu dari dehearty, 'wanita'

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2011 04:11 PM | Show all posts
lelaki berkualiti kurang skrg...
belajar tak tinggi
buat msalah sosial
tak nak cari duit utk keluarga
ada yg lebih dayus isteri bekeje tp die jadi suri rumah
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2011 10:49 PM | Show all posts
Reply 1# chit_ana


    Kat sini pun ada juga..bawah PERKID.... biasa keluar berita di suratkhabar....

Remaja bermasaalah perlukan motivator dan juga kaunseling .... saya pun motivator.... tapi tak berani nak tolong sebab bukan line saya... jika berminat..... boleh jumpa sahabat kami....

Cuma boleh tolong untuk buat operasi sahaja.... malam merdeka, tahun baru atau valentine day.... biasalah operasi cegah maksiat...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-1-2011 11:00 PM | Show all posts
Reply 4# fcoy

ada website tak
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2011 11:10 PM | Show all posts
Reply 5# chit_ana

Lupa lak... pasal tak pernah surf... cuba check...

Can PM me... and I'll show you the place....it's just around the corner near to my house....hari-hari lepak kat kedai mamak  disitu.....Shah Alam juga....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 27-1-2011 11:11 PM | Show all posts
Reply 6# fcoy

section berapa?
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2011 11:12 PM | Show all posts
Reply 7# chit_ana

27 Alam Megah....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-1-2011 11:14 PM | Show all posts
Reply  chit_ana

27 Alam Megah....
fcoy Post at 27-1-2011 23:12


jauh ckit
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2011 11:17 PM | Show all posts
Reply 9# chit_ana

Ok no harm.... nanti sembang kat uptown la... tak jauh kan ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-1-2011 11:26 PM | Show all posts
Reply  chit_ana

Ok no harm.... nanti sembang kat uptown la... tak jauh kan ...
fcoy Post at 27-1-2011 23:17


uptown s.alm ke lama xpegi pun

habis tu kalu pegi nak kenal org nya camne?
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2011 12:09 AM | Show all posts
Reply 11# chit_ana


    Yang ade misai tu... macam Sarjan Misai....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2011 12:26 AM | Show all posts
Reply  chit_ana


    Yang ade misai tu... macam Sarjan Misai....
fcoy Post at 28-1-2011 00:09


errr yelah tuh sama mcm A Galak dlm gerak khas tu ka
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2011 12:37 AM | Show all posts
Reply 13# chit_ana

Ya... tapi saya muda sehari daripada dia.. kira muda juga kan...
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2011 02:40 AM | Show all posts
kesian kat wanita kan? sentiasa jadi  mangsa
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2011 09:58 AM | Show all posts
ana teringat satu kes yang berlaku kat klang
memanglah sekarang fenomena kejadian sumbang mahram adalah isu biasa tapi benda ni berlaku sekitar tahun 1998
ada satu kes kat kelang bila Hakim nak jatuhkan hukuman penjara serta sebatan terhadap pelaku, si isteri menangis2 dan meraung minta supaya si pelaku dibebaskan dgn alasan si pelaku adalah pencari nafkah buat dia dan anak2 dan dia x kisah apa yang si pelaku ni buat kat anak2 dia
geram tul tgk muka si isteri masa tu :@
tergamak dia cakap camtu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2011 10:58 AM | Show all posts
Reply 16# fatehana


    fazss ingat juga kes tu..masuk paper... ermmm..pelik lah klu isteri tu mcm tu. tak pelik lah lelaki tu mcm tu...
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2011 10:59 AM | Show all posts
fazss sentiasa mengharap dan merintih agar Allah jadikan kita umat yang terbaik spy, dpt suami yang terbaik.. amin..
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2011 11:33 AM | Show all posts
lelaki sebagai pelindung wanita semakin berkurang sekarang...
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2011 12:02 PM | Show all posts
lemah sangat ka wanita ni sampai takleh nak lindung diri sendiri? tuh sebab ke wanita selalu jadi mangsa? pelis laa kata wanita moden laa independent la watpe nak harap2 sangat laki melindungi :re: asal jadi apa2 kes salahkan lelaki yg konon suppose melindungi perempuan. jelak wa dengar :re:
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 08:27 PM GMT+8 , Processed in 0.420917 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list