CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 649|Reply: 0

United mungkin terpaksa jual Sancho dengan harga rahmah

[Copy link]
Post time 24-10-2023 10:25 AM | Show all posts |Read mode

SANCHO tidak mendapat tempat di hati Ten Hag.

London: Manchester United dilapor semakin hampir melepaskan Jadon Sancho pada Januari ini ketika kariernya bersama Red Devils '90 peratus berakhir'.

Pemain antarabangsa England itu tiba di Old Trafford dari Borussia Dortmund dengan harga £73 juta (RM427 juta) pada 2021 tetapi bergelut untuk mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama.

Dia dan pengurus Erik ten Hag bertikam lidah di media sosial selepas pemain sayap berusia 23 tahun itu tersisih ketika menentang Arsenal pada 3 September.

Sancho mendakwa dia dijadikan kambing hitam oleh pengurus selepas prestasinya ketika sesi latihan dikritik pengendali dari Belanda itu.

Rundingan cuba diatur untuk menjernihkan keadaan tetapi Sancho enggan meminta maaf kepada Ten Hag dan dia menerima padah apabila disisihkan ke skuad belia serta dilarang menggunakan fasiliti skuad senior.

Beberapa kelab dari Turkiye, Jerman dan Itali berminat menandatangani Sancho sekali gus memberi peluang kepadanya untuk membuktikan keupayaan sebenar.

Ejen terkenal Fabrizio Romano dalam podcast Daily Briefing berkata: "Saya fikir mereka [United] tahu pada saat ini ia tidak akan menjadi perpindahan kekal, mungkin kontrak pinjaman dengan pilihan belian.

"Jadi, saya fikir pada Januari mereka akan terbuka kepada semua peluang tawaran.

"Sudah tentu mereka lebih memilih pembelian kekal untuk mendapatkan kembali wang yang dikeluarkan selepas membelinya dari Borussia Dortmund.

"Tetapi ketika ini mereka tahu pada Januari untuk mencari kelab ternama yang sedia membeli Sancho dengan harga pendapat saya mungkin sekitar £50 juta (RM293 juta) - £55 juta (RM322 juta) tidaklah mudah. Jadi kita tunggu sahaja apa berlaku."

Dia juga menambah karier pemain itu di Old Trafford juga hampir berakhir selepas membandingkannya dengan situasi Cristiano Ronaldo.

Menurut Romano: "Ketika ini, mereka di Manchester United sudah jelas. Tampak 90 peratus sudah berakhir buat Jadon di Old Trafford.

"Kami simpan 10 peratus kerana apa sahaja boleh berlaku di bola sepak tetapi buat masa sekarang ia mengingatkan situasi Ronaldo setahun lalu dan Jadon perlu mencari kelab baharu Januari ini."
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... dengan-harga-rahmah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 02:58 PM GMT+8 , Processed in 0.053699 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list